PM Pengerusikan Mesyuarat Tergempar MKN
Spread the love
PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebaik tiba dari Jakarta petang ini, berhubung tindakan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu.
Perdana menteri tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang, pada pukul 5.40 petang dan mempengerusikan mesyuarat itu di situ.
Beliau berada di Jakarta sejak semalam bagi menghadiri sidang kemuncak Negara-negara Pesisir Lautan Hindi (IORA) yang berakhir hari ini.
Antara yang hadir pada mesyuarat tergempar MKN itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Perdana menteri pagi ini mengeluarkan arahan dari Jakarta supaya menghalang semua warga Korea Utara daripada meninggalkan negara ini, sebagai tindak balas terhadap arahan Kementerian Luar Korea Utara yang menyekat rakyat Malaysia di negara itu daripada meninggalkan Korea Utara. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment