Prestasi Merosot: 2 Pemain MU Berisiko Disingkir
bhsukan@bh.com.my
KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron. – Foto Rasul Azli Samad
MELAKA: Susulan amaran keras Ketua Menteri Melaka yang kecewa dengan prestasi semasa pasukan, Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) bertindak pantas mencari penyelesaian terbaik, termasuk mengadakan pertemuan segera dengan pegawai serta pemain.
Reaksi segera kepada kekecewaan Datuk Seri Idris Haron yang juga Presiden MUSA itu bertujuan mengenal pasti punca kemerosotan prestasi dalam saingan Liga Super, musim ini.
Pengurus Melaka United (MU), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya juga sudah memberikan amaran keras kepada beberapa pemain supaya meningkatkan prestasi atau berdepan tindakan disingkirkan daripada skuad Hang Tuah.
Pendekatan itu, katanya bukan bertujuan menuding jari tetapi lebih penting untuk meneliti kelemahan pasukan yang dilihat tidak konsisten, selepas hanya merekodkan dua kemenangan sebelum ini – bertemu Sarawak dan Kelantan.
“Dua pemain sudah menerima surat peringatan pertama supaya mereka meningkatkan prestasi.
“Saya juga meminta jurulatih, Eric Williams meningkatkan cengkaman permainan di semua bahagian supaya lebih mantap dan mampu memberi saingan.
“Kita akur, MU baru saja memasuki saingan Liga Super, memang ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Jadi, kami memberi ruang kepada pasukan untuk meningkat,” katanya.
Idris yang kecewa dengan prestasi MU sebelum ini berkata, skuad Hang Tuah perlu meningkatkan kewibawaan dengan membuktikan kehadiran mereka di pentas Liga Super bukan sekadar menjadi pasukan belasahan.
Tegasnya, perbelanjaan besar MU perlu selari dengan prestasi pasukan untuk sekurang-kurangnya mampu memberi saingan, dan jika tewas sekalipun, tewas dengan bermaruah.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n1uwu8✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment