Colbrelli Menang Peringkat 2 Paris-Nice, Porte Tercicir
PELUMBA Australia, Richie Porte. – Foto Velonews
AMILLY (Perancis): Peluang pelumba Australia, Richie Porte untuk menjulang gelaran individu keseluruhan hampir musnah tatkala pelumba Itali yang mewakili pasukan Bahrain-Merida, Sonny Colbrelli memenangi Peringkat 2 jelajah seminggu Paris-Nice, sebentar tadi.
Porte, 32, juara di jelajah itu pada 2013 dan 2015 dan kini mewakili pasukan BMC, menamatkan kayuhan hampir 14 minit dalam perlumbaan di dalam cuaca basah, berangin dan sukar dalam jelajah digelar ‘Race to the sun’ itu.
Dia tercicir daripada kumpulan pertama pada awal 50 kilometer dalam peringkat sejauh 195km dari Rochefort-en-Yvelines ke Amilly itu.
Seorang lagi bekas juara yang mampu mencabar kedudukan keseluruhan, Alberto Contador dari Sepanyol yang mewakili pasukan baharu Trek, turut tercicir pada awalnya tetapi selepas mengejar, kumpulannya mampu menangkap kumpulan pendahulu untuk membolehkan dia menamatkan kayuhan dalam kumpulan depan.
Kegagalan Porte, itu adalah pelumba pilihan kedua terkeluar daripada persaingan selepas pelumba Perancis, Romain Bardet dibatalkan penyertaan kerana berpaut pada kereta pasukannya AG2R ketika peringkat pertama kelmarin.
Namun, peringkat kedua itu nyata menjadi milik Colbrelli apabila mengekang henjutan pelumba Jerman, John Degenkolb (Trek) ketika pecutan beramai-ramai ke garisan penamat, manakala pemenang peringkat pertama Arnaud Demare (FDJ) di tangga ketiga, sekali gus mengekalkan jersi kuning pendahulu yang disarungnya.
Peringkat ketiga hari ini membabitkan kayuhan sejauh 190km dari Chablis ke Chalon-sur-Saone. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lTII7E✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment