BR1M & SSM: Ini Penjelasan Yang Perlu Diketahui
Spread the love
KECOH di media sosial sejak semalam selepas pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) memuat naik alasan permohonan mereka gagal kerana ada kaitan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Apa SSM ini yang sebenarnya? Adakah pemohon yang mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia memang tidak layak untuk mendapatkan BR1M?
Bagi menjawab persoalan itu, seorang netizen memuat naik statusnya selepas bertanya sendiri kepada pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai isu BR1M dan SSM ini.
Menerusi perkongsian Ayie Lantana di Facebook, dia menjelaskan pemohon yang memiliki SSM perlu mengemukakan dokumen berkaitan sebelum membuat permohonan.
Jelasnya, tujuan kerajaan beri BRIM adalah untuk golongan pendapatan rendah dan bagi mereka yang gagal boleh mengemukakan rayuan di cawangan LHDN bermula 3 April hingga 31 Mei ini.
“Ada peniaga yang kaya raya dapat BRIM hanya kerana mereka tidak membuat potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tidak membayar cukai, kerajaan tidak dapat kesan pendapatan mereka dan masih terima BRIM.
“Pemilik SSM yg berniaga kecil-kecilan boleh buat rayuan dengan kemukan dokumen berkaitan bermula tarikh seperti diatas,” tulisnya.
Menurutnya, terdapat beberapa masalah lain yang menyebabkan permohon gagal mendapatkan BR1M iaitu mengemukan sijil pengesahan perkahwinan.
“Ada kes pasangan sudah bercerai tapi suami masih dpt BRIM RM 1050, sepatutnya dapat RM450 sahaja, ini mengakibatkan bekas isteri gagal dpt BRIM kerana tidak kemas kini dalam sistem (ini pembelaan kepada hak wanita),” tulisnya.
Jelasnya, pelajar yang sebelum ini mendapat baucer buku RM250 perlu mengemukan dokumen tamat belajar bagi melayakkan mereka mendapat BR1M bujang RM450.
Selain itu, masalah lain yang dikenal pasti Ayie adalah nama pemohon tersenarai dalam tanggungan pemohon lain.
“Yang ni semak sendiri, kalau ayah kita dapat, pastikan dalam permohonan itu, nama kita tiada dalam tanggungan jika bekerja sendiri.
“Dokumen-dokumen yang berkaitan akan dimaklumkan oleh LHDN selepas mendapat taklimat dari MOF, dan apabila sudah jelas nanti, LHDN akan maklum untuk kemudahan pemohon,” tulisnya.
Sementara itu, seorang pentadbir BR1M, Mohd Syahbuddin Hashim menerusi laman Facebooknya memberi penjelasan mengenai isu BR1M dan SSM.
Menurutnya, permohonan BR1M individu yang mempunyai rekod SSM dan tidak pernah melaksanakan pengisytiharan pendapatannya akan ditolak susulan LHDN tiada rekod pendapatan mereka.
“Ketiadaan rekod ni mungkin disebabkan pemilik SSM tidak pernah buat fail cukai dan kita diarahkan untuk mengelakkan sebarang ketirisan bantuan kepada pihak tidak berkelayakan.
“LHDN mengambil langkah berhati-hati dengan menolak dahulu permohonan, namun masih memberi ruang untuk merayu kelulusan pada tarikh rayuan nanti,” tulisnya. –MYNEWSHUB.CC
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment