Konflik Korea Utara: Pemuda MIC Sokong Langkah K’jaan
Spread the love
KUALA LUMPUR – Korea Utara perlu belajar menghormati undang-undang antarabangsa dan tidak cuba mengenakan pemerintahan komunis mereka ke atas Malaysia.
Ketua Pemuda MIC, C.Sivarraajh berkata, Korea Utara perlu memahami bahawa Malaysia mempunyai kedaulatan tersendiri yang perlu dipertahankan.
“Malaysia tidak perlu tunduk kepada sikap tidak hormat Duta Korea Utara Kang Chol dengan biadab melontar kenyataan tidak berasas terhadap kerajaan berhubung kes Kim Jong Nam.
“Langkah kerajaan Malaysia mengenakan `persona non granta’ ke atas Duta Korea Utara itu sangat sesuai kerana tidak meminta maaf terhadap sikap dan kata-kata beliau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Sivarraajh berkata, Pemuda MIC berdiri teguh dengan pendirian kerajaan mendesak Korea Utara segera membebaskan rakyat Malaysia di negara ini.
Katanya, Pemuda MIC turut berdiri teguh dengan tindakan kerajaan Malaysia mengambil langkah sama menghalang pegawai kedutaan Korea Utara meninggalkan negara ini. -MYNEWSHUB.CC
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment