Hi! Welcome Back and Stay Tune! UiTM Lions Sedia Kejutkan Iskandar Raiders - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UiTM Lions Sedia Kejutkan Iskandar Raiders

TIMBALAN Naib Canselor HEP UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said (tengah) bersama penaja dan pemain pada majlis memperkenalkan penaja pasukan Ragbi UiTM Lions Kejohanan Malaysia Rugby Premeir League 2017 di Stadium UiTM Shah Alam. – Foto Rosdan Wahid

SHAH ALAM: Pasukan ragbi Universiti Teknologi MARA (UiTM), UiTM Lions mendapat suntikan moral tambahan menjelang saingan suku akhir kejohanan Liga Perdana Ragbi Malaysia Air Asia 2017 apabila menerima suntikan empat penajaan, hari ini.

UiTM Lions akan berdepan Iskandar Raiders yang juga naib juara Kumpulan A selepas menduduki tangga ketiga kumpulan B, hasil tiga kemenangan dan dua kali kalah di peringkat saingan kumpulan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata, sokongan empat syarikat itu secara tidak langsung dapat memastikan pasukan ragbi UiTM mampu untuk terus bertanding di peringkat lebih kompetitif.

Bahkan beliau yakin, penajaan kepada pasukan berstatus universiti itu mampu menarik lebih banyak syarikat swasta untuk membangunkan sukan ragbi di UiTM dan negara dengan lebih profesional.

Empat syarikat penaja berkenaan ialah syarikat Fitness Inspire, Hyba Quest, Blublack Production serta Khairil Ahmad & Co.

“Saingan di peringkat suku akhir dijangka sengit kerana pasukan Iskandar Raiders diperkukuhkan dengan barisan pemain yang mewakili Johor dalam Piala Agong 2016, serta empat pemain jemputan dari Samoa.

“Namun, kami akan cuba mencipta kemenangan untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir musim ini,” katanya ketika ditemui selepas memperkenalkan syarikat penaja pasukan UiTM Lions di sebuah majlis ringkas di sini, hari ini.

Pasukan ragbi UiTM Lions diwakili 22 pelajar UiTM, enam bekas pelajar dan dua pemain jemputan dari Fiji. Mereka pernah melangkah di pentas akhir 2013 menentang pasukan Keris Conlay.

“Pasukan UiTM Lions mula menyertai kejohanan ini pada tahun 2012 dan terus kekal bersaing sehingga 2017 dengan adanya sokongan seperti ini.

“Namun, kami akan cuba mencipta kemenangan untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir musim ini,” kata Dr Abdullah.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mATQd2

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.