Hi! Welcome Back and Stay Tune! Antara Sebab Ramai Tak Dapat BR1M Dan Bagaimana Cara Untuk Buat Rayuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Antara Sebab Ramai Tak Dapat BR1M Dan Bagaimana Cara Untuk Buat Rayuan

Hari ini, jadi gempar seketika di media sosial apabila terdapat beberapa kes individu yang masih tidak menerima BR1M kerana menjalankan perniagaan yang berdaftar dengan SSM. Atau, yang baru mendaftar walau perniagaannya masih terumbang-ambing.

Berikutan isu ini, seorang pengguna Facebook telah berkunjung ke pejabat LHDN berhampiran bagi mengajukan soalan mengenai isu ini. Baca perkongsian beliau di bawah:

Saya baru keluar dari pejabat LHDN cawangan dan maklumat yang saya peroleh walaupun saya bukan penerima BRIM

1. Yang tidak layak, tak kiralah apa sebab boleh kemuka rayuan bermula 3 April – 31 Mei 2017

2. Kenapa pemohon yang memiliki SSM perlu kemuka dokument perniagaan? Kerana tujuan kerajaan beri BRIM adalah untuk golongan pendapatan rendah, ade peniaga yang kaya raya dapat BRIM hanya kerana mereka tidak membuat potongan KWSP dan tidak membayar cukai, kerajaan tidak dapat kesan pendapatan mereka dan mereka masih terima BRIM.

Pemilik SSM yang berniaga kecil-kecilan boleh buat rayuan dgn kemukan dokumen berkaitan bermula tarikh seperti diatas.

3. Masalah-masalah lain :

Contoh 1 – Perlu kemuka sijil pengesahan perkahwinan

Terdapat kes pasangan yang sudah bercerai tetapi suami masih mendapat BRIM RM1,050 berbanding dengan jumlah yang sepatutnye RM450 sajaha. Ini secara langsung akan mengakibatkan bekas isteri gagal mendapatkan BRIM kerana taraf perkahwinan mereka tidak dikemaskini di dalam sistem. Selain itu, sistem ini juga bertindak sebagai langkah bagi melindungi hak bekas isteri daripada dieksploitasi oleh bekas suami. Sebarang rayuan dan bukti boleh dikemukakan ke pejabat LHDN seperti tarikh di atas.

Contoh 2 – Tiada pengesahan berhenti belajar

Mahasiswa yang mendapat baucer buku RM250 perlu mengemukakan dokumen tamat belajar bagi melayakkan mereka untuk menerima BRIM untuk individu bujang sebanyak RM450. Sebarang rayuan dan bukti boleh dikemukakan ke pejabat LHDN seperti tarikh di atas.

Contoh 3 – Nama anda tersenarai dalam tanggungan pemohon lain

Yang ini perlu semak sendiri, kalau ayah kite sudah menerima bantuan ini, pastikan di dalam permohonan ayah kita, kita tidak tersenarai sebagai tanggungan sekiranya kita bekerja sendiri.

Segala dokumen-dokumen yang berkaitan akan dimaklumakan oleh pegawai LHDN selepas mendapat taklimat daripada MOF dan pemohon akan dimaklumkan selepas itu.

Rayuan bermula 3 April – 31 Mei 2017 dan bawa dokument berkaitan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lXmYYA

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.