Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penceramah Dari UK Akan Berkongsi Pengalaman Pesalah Seks - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penceramah Dari UK Akan Berkongsi Pengalaman Pesalah Seks

KUALA LUMPUR: Pengasas program pemulihan bagi pesalah seks dari United Kingdom (UK), Donald Findlater akan berkongsi pengalaman beliau dalam seminar ‘Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak.’

Findlater merupakan antara penceramah dalam seminar tersebut yang akan diadakan selama dua hari bermula 13 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurut laman Facebook Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak, Findlater juga merupakan individu yang memulakan kempen jenayah seksual kanak-kanak termasuk talian bantuan bagi orang yang memerlukan nasihat untuk menangani pemikiran atau tingkah laku seksual mereka.

“Projek semasa beliau adalah satu perkakasan online bagi pencegahan jenayah seksual kanak-kanak,” jelas laman seminar itu.

Selain mengasaskan program itu sejak tahun 2002, Findlater turut menubuhkan klinik Wolvercote yang merupakan pusat rawatan untuk lelaki yang disabitkan dengan jenayah seksual kanak-kanak.

BACA: Ibu bapa harus dengar aduan kanak-kanak – Dr Zahilah

BACA: 

Pendidikan seks patut jadi ‘vaksin’ kepada masalah pedofilia

Sebelum ini, negara digemparkan dengan Huckle, warganegara British yang dijatuhi 23 hukuman penjara seumur hidup (berjalan serentak) oleh mahkamah United Kingdom, selepas mengaku bersalah terhadap 71 kes penderaan seksual kanak-kanak.

Dia dipercayai terlibat mendera 200 kanak-kanak, terutamanya masyarakat miskin di Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, laman itu menjelaskan, seminar itu juga akan menampilkan dua penceramah wanita yang turut mementingkan aspek keselamatan kanak-kanak.

“Madeleine Yong telah menubuhkan P. S. The Children, sebuah NGO bagi perlindungan hak kanak-kanak. Beliau juga terlibat dalam penubuhan Childline Malaysia, Child Rights Coalition Malaysia dan telah melaksanakan kajian dalam jenayah seksual kanak-kanak.

“Beliau juga sebahagian daripada jawatankuasa pelaksana teknikal bagi dasar melibatkan kanak-kanak,” jelas laman itu lagi.

[embedded content]

Paparan video ‘Seminar Kebangsaan Jenayah Seksual kanak-Kanak: Hentikan’ yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 13-14 Mac 2017. – Sumber YouTube PERMATA Programme

Seorang lagi penceramah iaitu Maryam Zainol yang merupakan wartawan R.AGE, platform media berita yang menerbitkan Predator In My Phone, siri dokumentari mengenai gejala jenayah seksual kanak-kanak secara atas talian.

“Bersama-sama pasukannya di R.AGE, beliau telah juga melobi ahli-ahli Parlimen Malaysia untuk menyokong undang-undang mencegah jenayah asuhan seksual (sexual grooming),” jelas laman itu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mA3uwF

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.