Hi! Welcome Back and Stay Tune! ESSCom Selamat Kapal Dagang Vietnam Dari Jadi Mangsa Rompak, Culik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ESSCom Selamat Kapal Dagang Vietnam Dari Jadi Mangsa Rompak, Culik

SANDAKAN: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menyelamatkan sebuah kapal dagang dari Vietnam daripada menjadi mangsa rompak atau culik kumpulan penjenayah di perairan Filipina.

Komander ESSCom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pada Ahad lepas kira-kira jam 4 petang, pihak ESSCom telah mengesan isyarat kecemasan melalui perhubungan radio di saluran 16 daripada kapal dagang MV PHU AN 268.

Beliau berkata kapten kapal tersebut memaklumkan bahawa semasa dalam pelayaran berhampiran perairan Pulau Boan, Filipina, mereka telah mengesan sebuah bot laju yang kelihatan di atasnya enam orang bergerak mengekori mereka dalam keadaan mencurigai dan cuba memintas kapal tersebut.

Menyedari kapal itu terus diekori, kapten kapal telah menambah kelajuan serta menukar haluan menuju perairan Malaysia, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Abdul Bari berkata bertindak atas maklumat tersebut pihak ESSCom telah mengatur gerak bot Viper 08 dan kapal KD Sri Tiga ke perairan sempadan untuk mengesan dan seterusnya mengiringi MV PHU AN 268 ke Pelabuhan Sandakan dengan selamat.

Beliau berkata tindakan pantas kapten kapal dagang itu menggunakan saluran 16 untuk meminta bantuan telah memudahkan pihak ESSCom mengatur gerak aset di laut bagi menggagalkan cubaan rompakan atau penculikan itu.

Justeru, katanya pihaknya menggalakkan supaya semua pelaut terutama sekali nelayan tempatan agar memasang radio saluran 16 dan Sisten Pengenalan Automatik di dalam kapal mereka supaya mudah meminta bantuan atau melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada ESSCom.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nadfhE

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.