Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM Najib Mempengerusikan Mesyuarat Tergempar Dengan MKN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM Najib Mempengerusikan Mesyuarat Tergempar Dengan MKN

KUALA LUMPUR: Pesawat yang membawa Datuk Seri Najib Tun Razak dari Jakarta telah tiba di Lapangan Terbang Subang kira-kira 5.40 petang tadi.

Perdana Menteri kemudian terus mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk berbincang tentang pengharaman warga Malaysia keluar dari Korea Utara.

Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, Menteri Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Turut serta dalam mesyuarat khas itu ialah Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

BACA: Rakyat Malaysia di Korea Utara selamat – Reezal Merican

BACA: Bebaskan semua warga Malaysia di Korea Utara – PM Najib

Datuk Seri Najib sebelum ini meminta kepimpinan Korea Utara untuk segera membenarkan rakyat Malaysia meninggalkan negara tersebut bagi mengelakkan ketegangan terus berlanjutan.

Beliau turut memaklumkan bahawa arahan untuk menghalang semua rakyat Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara telah pun diberi kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, beliau dilaporkan mengecam sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara untuk menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

Tegasnya, tindakan Pyongyang itu sebagai perbuatan hina dan melanggar semua undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n177Ji

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.