Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Syak 3 Suspek Sorok Di Kedutaan Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Syak 3 Suspek Sorok Di Kedutaan Korea Utara

Spread the love

GEORGE TOWN – Sekalipun hubungan Malaysia–Korea Utara makin tegang, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi mesej jelas kepada tiga suspek kes bunuh Kim Jong-nam.

Mereka dipercayai kini masih lagi bersembunyi dalam bangunan Kedutaan Besar Korea Utara di Kuala Lumpur yang dilindungi dari segi undang-undang antarabangsa kerana merupakan premis diplomatik pihak kerajaan asing.

Bagaimanapun ujar Khalid, polis malah bersedia menunggu mereka sekalipun ia mengambil masa lima tahun sebelum tampil menyerah diri untuk disiasat dalam kes pembunuhan berprofil tinggi itu pada 13 Februari lalu.

Beliau bahkan percaya, ada tiga suspek warga Korea Utara dalam kes itu kemungkinan besar masih bersembuyi lagi dalam canselori kedutaan tersebut apabila mereka gagal memboloskan diri keluar daripada negara ini.

Suspek berkenaan termasuk seorang kakitangan Air Koryo, sebuah syarikat penerbangan kebangsaan milik pemerintah Korea Utara, Kim Uk-il, 37, dan Setiausaha Kedua Kedutaan tersebut, Hyon Kwang-song, 44.

Baca: Restoran Pyongyang ‘Lubuk’ Ejen Korea Utara 20 Tahun

Seorang lagi suspek yang dikenal pasti sebagai pekerja teknologi maklumat dikenali Ri Jong-chol, 46; telah diusir keluar pada Jumaat minggu lalu selepas pejabat Peguam Negara mendapati tiada bukti kukuh pendakwaan.

“Berapa lama mereka akan bersembunyi di bangunan kedutaan, waran akan dikeluarkan dan pegawai polis akan segera membuat tangkapan sekiranya individu-individu yang dikehendaki keluar dari bangunan itu,” katanya.

Jika suspek terbabit didapati berdegil dan tetap enggan menyerah diri dengan baik, pihak polis jelas Khalid bahkan bersedia menggunakan alternatif lain terhadap mereka untuk dibawa ke muka pengadilan.

“Ia akan dibuat mengikut Seksyen 111 Kanun Keseksaan, selain polis bersedia mengeluarkan waran tangkap ke atas semua suspek dan kita juga bersedia menunggu mereka serah diri, biarpun dalam masa lima tahun lagi,” katanya.

Khalid menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penguatkuasaan Dadah Antarabangsa di sini hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

[embedded content]


Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mwbjD4

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.