'Kembang Tekak, Putus Selera Tengok'
KUALA LUMPUR – Video yang dimuat naik oleh Iky itu viral di media sosial menunjukkan seorang pekerja sebuah restoran mamak sedang menguli tepung tanpa memakai sarung tangan, topi dan jelas sekali telah melanggar peraturan pengendalian makanan.
Rakaman yang dipercayai di rakam di sebuah restoran 24 jam di kawasan Cheras itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang rata-ratanya kembang tekak setelah menonton video tersebut.
“Baru lepas order roti bom dengan roti canai. Bawa keluarga minum petang. Putus selera tengok. Boleh kot uli di tempat tertutup atau beli mesin uli.
“Sampai lengan nuhhh, siap tarik lap peluh bagai. Hangpa tengoklah sendiri. Telan air liur tak tahu nak makan ke tak,” demikian tulis Iky Faiereyl di laman Facebooknya.
Dalam rakaman video berkenaan, pekerja terbabit dilihat sempat mengelap peluh di dahinya sebelum menyambung semula kerja-kerja menguli tepung yang dipercayai untuk membuat menu utama di restoran berkenaan.
Selain itu, sisa-sisa tepung yang melekat di kedua-dua belah lengannya juga turut di gosok dan diuli semula bagi mengelakkan pembaziran. – The Reporter
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment