Hi! Welcome Back and Stay Tune! Empat Lelaki Pakistan Dituduh Rasuah Imigresen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Empat Lelaki Pakistan Dituduh Rasuah Imigresen

Spread the love

KUALA LUMPUR – Empat lelaki warga Pakistan dan seorang warga tempatan dituduh di Mahkamah Sesyen Miri, Sarawak hari ini atas dakwaan memberi rasuah kepada pegawai Imigresen melibatkan keseluruhan wang berjumlah RM1,600.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) dalam satu kenyataan berkata, kesemua tertuduh berusia antara 25 hingga 55 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Nixon Kennedy Kumbong.

“Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24, akta sama iaitu dipenjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai
suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

“Berdasarkan pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut dalam lima kejadian berasingan di sekitar Miri antara November 2015 dan April 2016,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut SPRM, tertuduh didakwa memberi suapan bernilai antara RM100 hingga RM500 kepada pegawai Imigresen sebagai dorongan agar pihak berkuasa tidak mengenakan tindakan ke atas diri mereka, anak dan pekerja mereka yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Jelas SPRM, prosiding kes itu dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Katherine Nais, Ikhwan Mohd Ibrahim dan Jamal Ayub.

“Hakim menetapkan 30 Mac 2017 sebagai tarikh sebutan semula,” kata SPRM. -MYNEWSHUB.CC

[embedded content]


Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n176oI

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.