Permohonan KADS1M Kad Debit Pelajar
KADS1M Debit telah menggantikan Baucar Buku 1Malaysia. Mulai 2017, Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi RM250 dalam bentuk Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) digantikan dengan kad debit pelajar. Ia dilakukan dengan menambah fungsi kad debit kepada Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M).
KADS1M yang dinaiktaraf ini dikenali sebagai Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit).
Cara Memohon Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit)
Semua pelajar IPTA dan IPTS warganegara Malaysia layak memohon Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia.*
KADS1M Debit boleh dimohon secara online di Bank Rakyat, melalui halaman Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi:
Setelah memohon, pelajar perlu menunggu emel dari Bank Rakyat sebelum pergi ke cawangan untuk mengambil KADS1M Debit.
Info KADS1M Debit
Berikut dikongsikan sedikit maklumat penting mengenai kad debit pelajar KADS1M Debit:
- Pelajar akan diberikan kredit bernilai RM250.
- Hanya pembelian buku, alat tulis, peralatan komputer dan akses internet sahaja dibenarkan menggunakan kad debit ini.
- KADS1M Debit boleh digunakan dimana-mana kedai buku yang terpilih. Penggunaan adalah sama seperti kad debit biasa namun jumlah nilai adalah terhad kepada RM250 sahaja.
*Terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia dari Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta dalam dan luar negara di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dan Institusi Pendidikan Guru Malaysia dan lain-lain kementerian yang ditentukan oleh KPDNKK.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mAQTcs✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment