Hi! Welcome Back and Stay Tune! Honda Electric Vision – Menjelang 2025, 2/3 Kenderaan Yang Dijual Di Eropah Adalah Hibrid, PHEV, EV Dan FCV - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Honda Electric Vision – Menjelang 2025, 2/3 Kenderaan Yang Dijual Di Eropah Adalah Hibrid, PHEV, EV Dan FCV

Semasa pameran permotoran Geneva yang sedang berlangsung, Honda telah mendedahkan strategi ‘Electric Vision‘ baru mereka untuk Eropah. Mengikut strategi tersebut, Honda mensasarkan dua per tiga daripada barisan model yang dijual di Eropah menjelang tahun 2025 akan terdiri daripada model hibrid, plug-in hybrid, elektrik bateri dan fuel cell.

Semasa membentangkan strategi tersebut, presiden dan ketua pegawai operasi Honda Motor Europe, Katsushi Inoue memberitahu bahawa syarikatnya akan mengambil guna sumber penyelidikan dan pembangunan global bagi mempercepatkan pengenalan model lebih maju dan enjin elektrik ini kepada pelanggan di Eropah.

Fokus kepada penggunaan sumber elektrik pada kenderaan ini akan dipacu oleh kemasukan teknologi hibrid pada barisan kenderaannya, dan model hibrid pertama yang akan menggunakan sistem hibrid dua motor oleh Honda akan mula dijual pada tahun 2018.

Syarikat itu juga memberitahu bahawa dalam strategi ini kenderaan jenis plug-in hybrid, elektrik bateri dan hydrogen fuel cell turut akah dilahirkan, untuk pelanggan di Eropah. Clarity Fuel Cell adalah antara modelnya, yang diperkenalkan sebagai sebahagian daripada inisiatif HyFIVE (Hydrogen For Innovative Vehicles) di seluruh Eropah.

GALERI: Honda Clarity Fuel Cell di Tokyo Motorshow 2015

<!–

 

–>

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mww8ym

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.