JDT Raih Satu Mata Di Yangon
JURULATIH JDT II, Benjamin Mora. – Foto Hairul Anuar Rahim
KUALA LUMPUR: Kelompok kecil pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kurang berpengalaman di pentas Asia Tenggara berjaya membuktikan kemampuan mereka apabila membawa pulang satu mata ketika berdepan kelab Myanmar, Magwe FC di Yangon, sebentar tadi.
Pengendali JDT, Benjamin Mora merehatkan beberapa tonggak utama dalam aksi di Stadium Latihan Thuwunna, Yangon, yang berkesudahan seri 1-1.
Mora meletakkan kapten pasukan, Safiq Rahim, Gabriel Guerra dan Ahmad Hazwan Bakri di bangku simpanan bagi memberi peluang kepada pemain lain untuk membuktikan kemampuan sebenar.
Dalam aksi tadi, skuad Harimau Selatan menerima tamparan hebat seawal minit ke-13 apabila Hasbullah Abu Bakar dibuang padang susulan terjahan kerasnya terhadap pemain lawan.
Walaupun beraksi dengan 10 pemain, JDT tetap berjaya mendahului permainan menerusi jaringan R Gopinathan pada minit ke-27.
Bersambung di babak kedua, Harimau Selatan tampil lebih baik dan dilihat lebih tenang melakukan gerakan, malah berjaya mengekang setiap serangan tuan rumah.
Bagaimanapun, selepas lebih sejam kebal bertahan dan menguasai saingan, gawang JDT bocor buat kali pertama musim ini hasil jaringan penyamaan Sekou Sylla pada minit ke-88 selepas kesilapan Amirul Hadi Zainal.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mS2KTU✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment