Microsoft Berkonsi Lanjut Mengenai Fungsi Game Mode Untuk Windows 10
Pada kemaskini “Creators Update” yang akan datang, sistem operasi Windows 10 bakal hadir dengan beberapa fungsi-fungsi baru, dan salah satu fungsi tersebut telah dipertontonkan pada Game Developer Conference baru-baru ini, iaitu fungsi Game Mode.
Menurut Microsoft, fungsi Game Mode ini bakal membantu permainan-permainan video memperuntukkan teras-teras pemprosesan yang mencukupi supaya permainan tersebut dapat dimainkan secara optimal. Secara tidak langsung, ketika permainan video dimainkan, pelbagai pemprosesan akan memfokuskan khusus untuknya, dan pelbagai aplikasi latar akan dihentikan atau dijedakan sementara.
Dalam pada itu, Microsoft juga sedang dalam percubaan untuk mengoptimakan peruntukkan VRAM untuk kad-kad grafik bagi permainan video, dan mengurangkan penggunaan memori tersebut untuk tugas-tugas yang lain, sewaktu pengguna sedang bermain.
Kemaskini Windows 10 Creator Update ini dijangka hadir seawal bulan April ini, iaitu dalam masa lebih kurang sebulan lagi.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lRTXN3✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment