Hi! Welcome Back and Stay Tune! UiTM FC Sekat Negeri Sembilan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UiTM FC Sekat Negeri Sembilan

PEMAIN UiTM FC, Muhammad Khairul Akhyar (belakang) cuba menghalang pemain Negeri Sembilan, Simic Marko (depan) dalam perlawanan Liga Perdana 2017 di Stadium Shah Alam. Keputusan semasa UiTM FC 0-1 Negeri Sembilan. – Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

SHAH ALAM: Pendahulu Liga Perdana, Negeri Sembilan gagal menjadikan UiTM FC sebagai ‘lubuk tiga matanya’ selepas dikejutkan pasukan universiti itu apabila sekadar seri 1-1 pada aksi liga di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Keputusan ini menyaksikan pasukan ‘The Lion Troops’ itu menamatkan rentetan tujuh kemenangan berturut-turut Negeri Sembilan dalam saingan liga dan muncul pasukan pertama berjaya mencuri mata daripada skuad bimbingan Mohd Asri Ninggal.

Bagaimanapun, skuad Hobin Jang Hobin masih gah selaku pendahulu apabila belum lagi tewas dalam lapan perlawanan setakat ini.

UiTM FC pula melonjak ke tangga keempat liga berdasarkan pungutan 13 mata, mengetepikan PDRM melalui perbezaan jaringan, sekali gus mencerahkan harapan mereka mara ke saingan Piala Malaysia.

Dalam aksi petang tadi, Negeri Sembilan yang memiliki kelebihan satu gol hasil jaringan Bruno Suzuki sebelum perlawanan ditangguhkan pada minit ke-32 kerana hujan lebat, dilihat lebih banyak bertahan dan menunggu untuk melakukan serangan balas pantas.

Namun UiTM FC yang menguasai permainan gagal memanfaatkan situasi itu untuk memburu jaringan penyamaan.

Satu-satunya peluang terbaik UiTM FC untuk mengikat kedudukan adalah pada minit ke-43 apabila dihadiahkan sepakan percuma dari jarak 22 meter, namun percubaan pemain import Korea Selatan, Do Donghyun tersasar jauh.

Negeri Sembilan hampir menambah gol kedua pada minit akhir babak pertama apabila kelekaan pertahanan nyaris dihukum yang menyaksikan percubaan Bruno singgah di tiang kanan gawang UiTM FC tetapi tiada tindakan susulan.

Babak kedua yang berlangsung atas padang basah seakan tidak mendatangkan masalah buat UiTM FC apabila mereka terus menguasai permainan dan giat melancarkan serangan.

Negeri Sembilan pula dilihat sedikit bergelut serta lebih banyak bermain hantaran panjang, selain bertahan untuk mengekalkan kelebihan satu gol.

Usaha keras tuan rumah akhirnya terbalas apabila gerakan solo Donghyun dari sayap kiri disudahkan dengan rembatan yang ‘melemaskan’ penjaga gol Negeri Sembilan, Saiful Amar Sudar untuk menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-67.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lzUkQP

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.