Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Tawar MIMA Jadi Pusat Kecemerlangan Maritim IORA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Tawar MIMA Jadi Pusat Kecemerlangan Maritim IORA

JAKARTA: Malaysia menawarkan Institut Maritim Malaysia (MIMA) dijadikan sebagai pusat kecemerlangan bagi latihan dan perkongsian kepakaran untuk negara-negara anggota Persatuan Negara-Negara Pesisir Lautan Hindi (IORA).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana Malaysia berpendapat IORA harus mempunyai sebuah institusi yang mampu untuk menyalur dan berkongsi pengalaman bagi menangani isu-isu berkaitan masalah kelautan.

“Malaysia mempunyai pengalaman dalam aspek keselamatan maritim seperti di Selat Melaka yang merupakan laluan perdagangan kapal paling sibuk di dunia dengan dilalui oleh 80,000 kapal setahun.

“Oleh itu isu-isu berkaitan pelanunan, keganasan, penyeludupan manusia dan jenayah merentasi sempadan dalam isu-isu, berkaitan dengan keselamatan Selat Melaka dan jika tidak ditangani ia boleh menjejaskan urusan perdagangan dunia,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini. hari ini.

Perdana menteri berkata demikian selepas mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Sidang Kemuncak IORA yang berlangsung di sini.

Najib berkata, sebagai sokongan terhadap Deklarasi IORA Jakarta berkaitan Mencegah Keganasan, Malaysia turut sedia berkongsi kepakaran dan pengalaman di dalam menangani ancaman itu yang begitu serius masa kini.

Katanya, Malaysia telah membuktikan komitmennya dalam menjaga keselamatan Selat Melaka apabila mewujudkan kerangka Rondaan Selat Melaka bersama Singapura, Indonesia dan Thailand dengan membuat rondaan laut dan udara serta berkongsi maklumat risikan.

Beliau berkata langkah-langkah yang diambil itu telah memberi kesan positif dengan penurunan kes jenayah laut.

“Sebagai contohnya pada 2015, terdapat 104 kes pelanunan atau rompakan di kawasan Selat Melaka tetapi pada tahun lepas hanya ada satu kes sahaja dilaporkan,” katanya.

Katanya, pada sidang kemuncak itu, satu deklarasi yang dikenali sebagai Jakarta Concord mempunyai enam bidang keutamaan iaitu keselamatan maritim, memudah cara perdagangan dan pelaburan, pengurusan perikanan, pengurusan risiko bencana, kerjasama sains dan teknologi serta pelancongan dan kebudayaan.

Najib berkata selain itu, sidang kemuncak berkenaan juga bersepakat merencana dua isu rentas iaitu ‘Blue Economy’ dan Pemerkasaan Ekonomi Wanita.

Perdana menteri berkata dalam kenyataannya pada sesi debat sidang kemuncak itu, beliau menekankan mengenai keperluan satu pelan tindakan untuk menangani ancaman-ancaman tradisional dan bukan tradisional di Lautan Hindi.

Bersempena sidang kemuncak itu, Najib juga berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull dan Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena bagi membincangkan isu-isu dua hala dan serantau yang berkepentingan kepada negara.

Sidang Kemuncak IORA bertemakan “Memperkukuhkan Kerjasama Maritim Untuk Keamanan, Kestabilan dan Kemakmuran di Lautan Hindi” itu adalah yang julung kali diadakan bersempena ulang tahun ke-20 IORA.

IORA mempunyai 21 negara anggota dari rantau pesisir Lautan Hindi serta tujuh negara Rakan Dialog iaitu China, Mesir, Perancis, Jerman, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lYyAdA

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.