Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dell XPS 13 2-Dalam-1 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM6699 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dell XPS 13 2-Dalam-1 Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM6699

Dell pada acara CES 2017 yang lepas telah memperkenalkan sebuah komputer riba berbentuk hibrid baru, iaitu Dell XPS 13 2-Dalam-1. Ia menggunakan rekaan bingkai yang sangat nipis seperti Dell XPS 13 pada tahun lepas, tetapi hadir dengan rekaan hibrid skrin boleh diputarkan 360-darjah – menjadikan ia turut boleh digunakan sebagai sebuah tablet.

Dell XPS 13

Dell XPS 13 2-Dalam-1 ini hadir dengan cip pemprosesan Intel Core generasi ketujuh, menjalankan sistem operasi Windows 10 Home, sokongan grafik Intel HD Graphics 615, dan dilengkapi skrin 13.3-inci QHD+ (3200×1800 pixel).

Sebanyak tiga variasi ditawarkan di Malaysia, iaitu menggunakan memori 8GB RAM dengan 256GB SSD pada harga RM6699, memori 8GB RAM dengan 512GB SSD pada harga RM7799 dan 16GB RAM dan 512GB SSD pada harga RM7999.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Dell Malaysia hari ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n0t37b



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.