FAM Rela Ketepikan Aksi Di Gelanggang Sendiri
SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan) pada Majlis Perlancaran Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my 2017 di Ikhlas Point, Avenue 5 Bangsar South. – Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia untuk beraksi di gelanggang berkecuali ketika perlawanan timbal balik kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara yang dijadualkan berlangsung di sini, 14 November depan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, berdasarkan prinsip kesukanan, perlawanan pertama pada 28 Mac ini akan tetap diteruskan, namun pihaknya perlu menunggu keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Kelmarin, kerajaan membuat keputusan melarang skuad bola sepak kebangsaan ke Pyongyang, Korea Utara bagi menyertai perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Asia itu atas dasar dan pertimbangan keselamatan.
Isu itu timbul berikutan ketegangan politik antara kedua-dua negara dan FAM memohon supaya perlawanan diadakan di gelanggang berkecuali.
“Perlawanan (pertama) tetap akan diadakan dan kemungkinan venue berkecuali akan diluluskan. Mungkin soal aksi di gelanggang sendiri (timbal balik) juga akan turut dibincangkan.
“Ini adil buat kedua-dua pasukan. Apa pun, saya tidak mahu mendahului AFC dan yakin mereka akan buat keputusan tepat untuk perkara ini,” katanya selepas merasmikan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM) di sini, hari ini.
Menyentuh mengenai cadangan negara pilihan yang dirasakan sesuai sebagai gelanggang berkecuali, Hamidin enggan mendedahkannya kerana berasakan AFC lebih berhak membuat sebarang keputusan yang dijangka akan diputuskan Khamis ini.
“Pagi tadi saya ada berhubung dengan Datuk Windsor Paul John (Setiausaha Agung AFC). Kita tunggu sehari dua lagi. Soal gelanggang, itu hak penganjur (AFC) dan sekarang kita tunggu gelanggang mana akan digunakan nanti.
“Saya sudah nyatakan beberapa pendapat saya kepadanya tetapi buat masa sekarang biarlah rahsia,” katanya.
Sementara itu, Windsor ketika dihubungi semalam bagi mendapatkan senarai lokasi yang sedang dipertimbangkan untuk aksi itu turut enggan mengulas lanjut.
“Keputusan hujung minggu ini,” katanya ringkas.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n9H7um✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment