Keadaan Tegang Antara Korea Utara & Malaysia: Umat Islam Diseru Adakan Solat Hajat
SHAH ALAM, 7 Mac – Umat Islam di negara ini diseru agar mengadakan solat hajat susulan keadaan tegang antara Korea Utara dan Malaysia.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata perkara itu perlu bagi mendoakan kesejahteraan 11 rakyat Malaysia yang kini terperangkap dan tidak dibenarkan keluar dari negara terbabit.
“Dalam keadaan ini, Abim menyeru seluruh rakyat Malaysia menyatakan solidariti untuk warganegara kita yang masih berada di Korea Utara.
“Marilah kita sama berdoa bagi keselamatan mereka dan melakukan solat hajat sebagai ikhtiar bersama,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Dalam masa yang sama, Mohamad Raimi juga menggesa kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan polemik terkini yang dicetuskan oleh Pyongyang.
“Adalah menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia agar kerajaan dapat memanfaatkan setiap kemampuan serta saluran diplomatik untuk menyelesaikan ketegangan diplomatik terkini yang dicetuskan Korea Utara, tanpa mengkompromikan kedaulatan serta keselamatan negara,” katanya.
Sumber: Sinar Online
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mSf9ao✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment