Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kabinet Dijangka Bincang Hubungan Dagangan Dengan Korea Utara Jumaat Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kabinet Dijangka Bincang Hubungan Dagangan Dengan Korea Utara Jumaat Ini

CYBERJAYA: Kabinet dijangka membincangkan hubungan perdagangan Malaysia dengan Korea Utara pada mesyuarat Jumaat ini berikutan peningkatan ketegangan antara kedua-dua negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Menteri Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Ong, ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Inovasi T-Hub T-Sytems Malaysia di sini hari ini, berkata: “Saya fikir (Kabinet) akan membuat keputusan mengenai perkara ini (perdagangan).”

Agensi media melaporkan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu, yang menyebabkan Malaysia mengambil tindakan yang sama.

Ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tercetus susulan pembunuhan warga Korea Utara yang dilapor secara meluas sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi negara itu Kim Jong-un pada 13 Feb lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa klia2.

Minggu lepas, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata tiada sekatan perdagangan telah dikenakan ke atas syarikat-syarikat Malaysia yang berminat menjalankan perniagaan dengan syarikat-syarikat Korea Utara atau di negara itu.

Ong berkata pada masa ini, perdagangan Malaysia dengan Korea Utara ‘masih seperti sedia ada’.

“Pada masa ini masih seperti biasa atau perdagangan tetap seperti biasa melainkan Kabinet membuat keputusan baru,” katanya.

Ketika ditanya sama ada terdapat banyak pelaburan oleh syarikat-syarikat Malaysia di Korea Utara, Ong menjawab: “Tidak juga”

“Korea Utara, kita (Malaysia) hanya mempunyai beberapa hubungan perdagangan. Mereka membeli minyak sawit dan bahan-bahan mentah kita. Itu sahaja. Kita tidak mempunyai kilang di sana,” katanya.

Mengenai pelaburan Korea Utara di Malaysia, beliau berkata: “Tidak banyak. Mereka(warga Korea Utara) hanya peniaga, mereka hanya datang untuk membeli bahan mentah kita.”

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lXPiKk

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.