Hi! Welcome Back and Stay Tune! Duckside Aisawan Dinobat Juara EPS 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Duckside Aisawan Dinobat Juara EPS 2017

BANGI: Duckside Aisawan dinobat juara Kejohanan Eclipse Paintball Series (EPS) 2017 siri pertama selepas mengalahkan pasukan Muddy Water Boy dengan 3-2 dalam perlawanan lima set di Sri Awana Paintball, Bangi.

Kapten Pasukan Duckside Aisawan, Eric Tai berkata, ia platform untuk pasukan mereka mengekalkan momentum sepasukan bagi menjuarai siri yang seterusnya.

“Kami berharap dapat mewakili negara untuk Kejohanan Paintball NXL yang akan berlangsung di Australia nanti.

“Kejohanan ini menjadi latihan untuk menguatkan pasukan dan memastikan semangat setia kawan menjelang perlawanan seterusnya berada pada tahap terbaik,” katanya di sini hari ini.

Sebanyak 34 pasukan dari seluruh negara menyertai EPS 2017 yang berlangsung pada 4 sehingga 5 Mac lepas.

Ia termasuk tujuh pasukan untuk Open Divisyen, 12 pasukan untuk Amateur Divisyen dan 15 pasukan untuk Novice Divisyen.

Sementara itu, Pasukan Mambang Di Awan yang merupakan pasukan tuan rumah bagi kejohanan tersebut menjadi juara bagi kategori Amateur Division selepas mengalahkan pasukan MBPP Jokers dari Pulau Pinang dengan mata kemenangan 3 -0.

Dalam pada itu, pasukan lain yang bertanding bagi kategori Amateur Division adalah OSB, KL Collide, Kejahatan Aisawan, ElMohad dan Waxers Legion.

Bagi kategori Novice Divisyen pula, pasukan Anarki Legion menjadi juara apabila mengalahkan Unikorn Legacy Aisawan dengan keputusan 1-0.

Menurut Kapten Pasukan Anarki Legion Mohd Azhar Mohd Zin, komunikasi sesama pemain sangat penting dan ia menjadi kunci kejayaan pasukan mereka.

“Kami ingin meneruskan kecemerlangan pasukan untuk menjuarai keseluruhan Novise Divisyen kejohanan Paintball EPS2017 kali ini,” jelasnya.

Sementara itu, Kapten Pasukan Kejahatan Aisawan, Aidee Rodzman Rosdi berkata cabaran pada hari kedua pertandingan lebih sukar kerana hujan lebat.

“Ia sekali gus memberikan cabaran kepada ketiga-tiga divisyen pada perlawanan final.

“Ia termasuk beberapa keputusan pengadil yang dipertikai namun pengalaman dan ketegasan pihak berkenaan melicinkan perlawanan sehingga ke buzzer penamat,” katanya.

Juara dan naib juara pertandingan setiap divisyen membawa pulang wang tunai, medal dan piala kejohanan.

Dalam pada itu, penganjur kejohanan, Raskal Sports berharap, lebih ramai belia akan menyertai sukan serta kejohanan paintball pada masa akan datang. 

Siri kedua Kejohanan Paintball EPS 2017 akan berlangsung pada 5 sehingga 6 Mei depan di Ipoh, Perak.

Keputusan Penuh :

Open Divisyen

Juara           : Duckside Aisawan   (3-2)
Naib Juara  : Muddy WaterBoy

Amateur Divisyen

Juara          : Mambang Di Awan   (3-0)
Naib Juara : MBPP Jokers

Novice Divisyen

Juara  : Anarki Legion   (1-0)
Naib Juara : Unikorn Legacy Aisawan

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2naxsnm

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.