Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelik Kanak-Kanak 6 Tahun Takut Balik Rumah, Rupa-Rupanya… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelik Kanak-Kanak 6 Tahun Takut Balik Rumah, Rupa-Rupanya…

Pelik Kanak-Kanak 6 Tahun Takut Balik Rumah, Rupa-Rupanya… |Rakaman video seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun takut pulang ke rumah selepas dibelasah bapanya menggemparkan netizen di negara itu, lapor Shanghaiist.

Video menunjukkan seorang wanita memeriksa keadaan badan mangsa dan mendapati terdapat kesan lebam di paha, belakang badan dan telinganya.

Menurut mangsa, dia telah dipukul oleh bapanya dengan selipar kerana dia terlupa menutup tingkap. Selepas kejadian itu, mangsa tidur di bawah kereta sepanjang malam.

Apabila ditanya mengapa dia tidak pulang ke rumah, dia menangis dan menyatakan bahawa dia takut bapanya akan memukulnya lagi.
Difahamkan bapa mangsa yang tinggal di Changzhou, wilayah Jiangsu pernah dipenjarakan kerana memukul anaknya.

Menurut seorang pengguna Weibo berkata, “Baru-baru ini saya buat semakan di satu forum tempatan dan tidak menyangka mangsa sebelum ini pernah dibelasah teruk oleh bapanya beberapa tahun yang lalu.

“Namun, lelaki itu hanya dipenjarakan selama dua bulan dan sekali lagi mangsa dipukul, hampir setiap hari.

“Kalau berterusan begini, lambat laun kanak-kanak ini akan mati di tangan bapanya sendiri. Jika itu berlaku, tiada guna lagi kita sedih dan menyesal. Saya harap dia dapat diselamatkan. Terpulanglah pada kerajaan, nak bantu atau sebaliknya,” katanya.

Susulan viral video tersebut, mangsa telah dihantar ke pusat kebajikan untuk sementara waktu dan bapanya sekali lagi telah ditahan polis. Kredit– The Reporter

P.S. 1 – [Video] Buat 5 Ujian Ini Dan Korang Tergolong Dalam Orang “Rare” Di Dunia !!!
P.S. 2 – Selepas 25 Tahun Bandar Ini Di Tenggelami Banjir..Apa Ditemui Bila Kering Sangat MENGEJUTKAN !!!
P.S. 3 – Inilah Sebab Kenapa Ubat Tablet Ada Pelbagai Jenis Bentuk Serta Warna Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 4 – Tahukah Anda,7 Kegunaan Menarik Soda Bikarbonat Di Rumah Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – Gara-Gara Minum Air Rebusan Jagung..Doktor Terkejut Lihat Apa Jadi !!!

The post Pelik Kanak-Kanak 6 Tahun Takut Balik Rumah, Rupa-Rupanya… appeared first on KITA VIRAL.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n0fYuL



✍ Sumber : ☕ KITA VIRAL


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.