Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bebaskan Semua Warga Malaysia Di Korea Utara – PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bebaskan Semua Warga Malaysia Di Korea Utara – PM Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kepimpinan Korea Utara untuk segera membenarkan rakyat Malaysia meninggalkan negara tersebut bagi mengelakkan ketegangan terus berlanjutan.

Beliau turut memaklumkan bahawa arahan untuk menghalang semua rakyat Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara telah pun diberi kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara yang menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara tersebut.

“Tindakan keji ini seumpama menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan, melanggar semua undang-undang antarabangsa serta norma hubungan diplomatik.

“Saya telah memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (MKN). Saya juga telah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menghalang semua rakyat Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara kita sehingga kita pasti mengenai keselamatan semua rakyat Malaysia di Korea Utara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu video sidang media di Jakarta mengenai situasi di Korea Utara.

Video sidang media itu turut dipaparkan di Facebook rasmi NajibRazak sebentar tadi.

Tambah beliau, melindungi rakyat Malaysia adalah keutamaan negara, dan Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil segala langkah yang perlu apabila rasa terancam.

Datuk Seri Najib sebelum ini mengecam sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara untuk menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

Tegasnya, tindakan Pyongyang itu sebagai perbuatan hina dan melanggar semua undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mAbmht

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.