Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imigresen Johor Pantau Pintu Sempadan, Elak Warga Kedutaan Korea Utara Tinggalkan Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imigresen Johor Pantau Pintu Sempadan, Elak Warga Kedutaan Korea Utara Tinggalkan Negara

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Johor akan memastikan tiada warga Kedutaan Korea Utara meninggalkan negara ini menerusi pintu di sempadan Johor-Singapura.

Pengarahnya Datuk Rohaizi Bahari berkata langkah itu akan dilaksana sehingga ada keputusan sebaliknya daripada kerajaan.

“Pemeriksaan imigresen seperti biasa cuma pelaksanaannya sama seperti kes rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan keluar jika mereka dalam senarai hitam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan sebagainya,” kata beliau ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Hari ini Malaysia mengeluarkan arahan melarang pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara daripada meninggalkan negara ini, berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata arahan itu adalah sebagai tindak balas terhadap Korea Utara yang menyekat warga Kedutaan Malaysia di sana daripada meninggalkan negara itu.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mwvZLa

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.