Hi! Welcome Back and Stay Tune! Identiti Sebenar Budak 3 Tahun Disorok Ibu Di Tampin Dikenal Pasti !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Identiti Sebenar Budak 3 Tahun Disorok Ibu Di Tampin Dikenal Pasti !!!

Identiti Sebenar Budak 3 Tahun Disorok Ibu Di Tampin Dikenal Pasti !!! |Tampin  Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kanak-kanak berusia tiga tahun yang ditinggalkan di bilik kotor sebuah rumah sewa di Kampung Parit Buloh Gemas, pada 5 Januari lalu positif serta sepadan dengan wanita yang membuat laporan polis mendakwa kanak-kanak berkenaan merupakan anaknya.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Hamazah Ab Razak berkata, keputusan berkenaan diperoleh pada minggu lepas dan pihaknya telah menyerahkan keputusan itu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, keputusan berkenaan membuktikan wanita berusia 37 tahun yang bekerja di Seremban berkenaan merupakan ibu kandung kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang ditemui ditinggalkan keseorangan di rumah sewa berkenaan.

Kanak-kanak itu kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban sejak Januari lalu.

Sebelum ini, pemberita melaporkan penemuan kanak-kanak terbabit yang ditinggalkan dalam sebuah rumah gelap selepas penduduk mendengar tangisannya sebelum membuat laporan polis pada jam 12.45 tengah malam.

Dia ditinggalkan dalam bilik kotor dalam keadaan bogel.

Wanita yang menyewa rumah berkenaan mendakwa terpaksa pergi menguruskan ibunya yang mempunyai masalah mental di Felda Jelai 1 dan terpaksa meninggalkan kanak-kanak terbabit kerana kewujudannya tidak diketahui ahli keluarganya.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendedahkan wanita itu bukan ibu kandung kanak-kanak tersebut, berkemungkinan dia mengambil upah menjaga kanak-kanak terbabit.

Sehari selepas penemuan kanak-kanak tersebut tersebar, seorang wanita berusia 37 tahun yang berasal dari Segamat, Johor telah membuat laporan polis mendakwa kanak-kanak berkenaan adalah anaknya.

Polis telah mengambil kenyataan wanita terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesahkan status ibu kandung kanak-kanak itu termasuk melakukan ujian DNA.

KRONOLGI:

6 JANUARI 2017:
– Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun ditemui dalam keadaan bogel, dipercayai ditinggalkan bersendirian oleh ibunya lebih enam jam di sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Tampin.
– Kanak-kanak itu ditemui kira-kira jam 1 pagi dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan.
– Seorang wanita berusia 36 tahun yang pada mulanya mengaku ibu kepada kanak-kanak berkenaan ditahan polis untuk siasatan lanjut beberapa jam selepas penemuan kanak-kanak berkenaan. Wanita berkenaan direman dari 6 Januari hingga 9 Januari
– Kanak-kanak berkenaan di tempatkan di Hospital Tampin

7 JANUARI:
– Keluarga wanita berusia 36 tahun itu mendakwa menemui surat beranak kanak-kanak berkenaan di dalam kereta milik wanita tersebut yang membawa kepada terbongkarnya status kanak-kanak itu bukannya anak kandungnya
– Polis menerima laporan polis dari wanita berusia 37 tahun yang mendakwa ibu kandung kepada kanak-kanak berkenaan.
– Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bakal dilakukan bagi kenal pasti ibu kandung sebenar kanak-kanak tiga tahun itu.

9 JANUARI:
-Wanita yang ditangkap polis susulan kes pengabaian kanak-kanak berusia tiga tahun di sebuah rumah di Kampung Parit Buloh, Gemencheh disambung reman tiga hari lagi oleh Mahkamah Majistret Tampin.

11 JANUARI:
– Mahkamah Sesyen Kuala Pilah menjatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara setahun dan khidmat masyarakat selama 240 jam ke atas seorang wanita yang didakwa mengabaikan kanak-kanak tiga tahun di sebuah rumah di Kampung Parit Buluh.
– Hakim Nariman Badruddin membuat keputusan itu selepas tertuduh, Shamsinar Ambia, 36, mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya.

25 JANUARI hingga kini
– Kanak-kanak tiga tahun itu ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban

Kredit : EBerita

P.S. 1 – Sangka Ibu Bapa Tidur..Rupa-Rupanya..
P.S. 2 – Doktor PELIK Tiga Kali Mengandung Tiga Kali Keguguran,Rupa Rupanya Suami..
P.S. 3 – (VIDEO) Patutlah Nabi Larang Simpan Patung Dalam Rumah, MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Misteri Teknologi Digunakan Nabi Nuh Untuk Membina Bahtera Yang Disembunyikan USA !!!
P.S. 5 – 5 Kegunaan Gel Silika Yang Anda Tak Tahu, Lebih Baik Jangan Buang !!!

The post Identiti Sebenar Budak 3 Tahun Disorok Ibu Di Tampin Dikenal Pasti !!! appeared first on KITA VIRAL.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n0g71s



✍ Sumber : ☕ KITA VIRAL


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.