Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dron Bantu Industri Penanaman Padi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dron Bantu Industri Penanaman Padi

ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bakal menggunakan drone atau pesawat tanpa pemandu (UAV) dalam industri penanaman padi bagi menggantikan kaedah penyemburan racun serangga secara manual.

Pengerusinya Datuk Othman Aziz berkata, drone yang mempunyai kapasiti tangki 10 liter dapat digunakan melalui konsep ‘low spray volume’, selain dilengkapi sistem automatik sepenuhnya dan Sistem Pengesanan Global (GPS).

“Ia mampu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dalam industri padi, mengawal serangga dan perosak secara berkelompok, melakukan penyemburan ikut jadual penanaman dan menghasilkan semburan yang tepat, cepat dan menjimatkan.

“Satu relung lima minit, satu hari boleh meliputi 20 hektar…tenaga kerja manusia tidak konsisten, mungkin dalam lapan jam hanya dua atau tiga relung,” katanya selepas majlis Pelancaran Perkhidmatan Drone di sini hari ini.

Buat permulaan, katanya, MADACorp Agroservices telah membeli enam ‘agriculture drone’ bernilai RM80,000 setiap satu daripada syarikat KBKL Smarttech Sdn Bhd yang bertanggungjawab membekal drone dan melatih pengendalinya.

Othman berkata buat masa ini, drone itu adalah untuk kegunaan 2,000 hektar kawasan Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) di kawasan MADA sebelum diperkenalkan ke kawasan lain secara berperingkat.

“Ia masih baru, kita kena lihat penerimaan petani sebab petani yang berpemikiran lama lebih selesa guna orang dan kedua kita nak selesaikan kaedah pembayaran menggunakan Pertubuhan Peladang Kawasan yang bertindak sebagai barisan depan,” katanya.

Selain mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing, Othman berkata penggunaan teknologi tersebut memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai anak muda dengan purata pendapatan RM2,000 sebulan.

“Kita perlukan 500 drone untuk lebih 100,000 hektar kawasan MADA, setiap satu drone perlu ada dua pengendali atau pun 1,000 orang dan sekarang kita sedang melatih mereka di MRTC (Pusat Latihan Padi MADA),” katanya.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan penggunaan drone memberi kesan tidak baik pada alam sekitar, Othman berkata perkara itu adalah tidak benar.

“Drone hanya akan dinaikkan sekitar dua ke tiga meter dan setiap racun yang disembur akan terus turun hingga ke daun atau batang padi,” katanya.

Dalam majlis itu, Othman turut menyampaikan Sijil Tamat Latihan kepada enam pengendali yang mengikuti kursus pengendali drone yang dijalankan selama tiga minggu dan menyerahkan replika cek bernilai RM490,793.75 kepada 26 PPK.

–BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mX6enV

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.