Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elfira bukan punca putus cinta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elfira bukan punca putus cinta

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Terakhir dan Harus Aku, Sufian Suhaimi, 25, tidak menganggap gosip percintaan dengan pelakon kecil molek, Elfira Loy sebagai sesuatu yang serius sehingga menyebabkan dirinya tertekan.

Suhaimi juga tidak terkesan dengan andaian netizen yang menganggap Elfira sebagai punca perpisahannya dengan seorang gadis kerana semua itu hanya rekaan untuk menggambarkan mereka seolah-olah mempunyai hubungan istimewa.

“Saya tidak tertekan, malah menganggap semua itu hanya sekadar usikan yang tidak serius. Saya ingin tekankan, saya dan Elfira hanya kawan biasa. Hubungan cinta saya yang berakhir sebelum ini juga tiada kaitan dengan Elfira.

“Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan tetapi kami berpisah bukan kerana orang ketiga. Tidak sepatutnya Elfira dituding sebagai punca kerana isu yang dibangkitkan ini sengaja dicipta,” katanya.

Keakrabannya dengan Elfira mula diperkatakan apabila kelibat penyanyi berkaca mata itu dilihat pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran ke-23 pelakon berkening tebal itu sehingga menimbulkan gosip mereka menjalin hubungan istimewa.

Bagi Sufian, kehadirannya pada majlis itu bukan satu kesalahan kerana dirinya hanya memenuhi jemputan sebagai kawan.

“Saya hadir pada sambutan hari jadi pertamanya yang diraikan bersama anak yatim. Diikutkan ketika itu, ada beberapa teman lain ada bersama tetapi kerana saya tetamu lelaki tunggal, lalu dijadikan modal untuk mewujudkan cerita.

“Untuk majlis kedua, saya menerima jemputan peribadi daripada ibu Elfira yang mengaturkan supaya saya menemani anaknya menghadiri majlis pertunjukan fesyen. Selepas itu, saya menemani Elfira ke acara makan malam tetapi tidak sangka ada kejutan sempena sambutan hari jadinya,” katanya.

Elfira sebelum ini pernah menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Sufian.

Kredit :
– http://ift.tt/2mcBGKi

The post Elfira bukan punca putus cinta appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2naCKDs

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.