Hi! Welcome Back and Stay Tune! Generasi Muda Wajar Sertai Seni Bela Diri Elak Gejala Tak Sihat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Generasi Muda Wajar Sertai Seni Bela Diri Elak Gejala Tak Sihat

Spread the love

PARIT BUNTAR – Generasi muda perlu menyertai aktiviti seni mempertahankan diri dalam usaha membentuk disiplin diri selain dapat mengelak daripada terlibat gejala sosial tidak sihat.

Penasihat Kelab Muay Thai Kerian Mua’ammar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata selain itu ia juga mampu memberikan gaya hidup sihat serta memberi impak besar dalam seni bela diri.

Katanya seni mempertahankan diri seperti silat dan muay thai merupakan disiplin ilmu yang wajar dipelajari oleh generasi muda supaya ia tidak hilang ditelan zaman.

“Kita mahu generasi muda melibatkan diri dalam seni bela diri untuk membantu mereka menghayati pelbagai ilmu yang berfaedah serta mencegah mereka daripada gejala sosial yang tidak sihat seperti dadah,” katanya kepada Bernama selepas program Fight Night Challenge (Muay Thai) di sini, malam tadi.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar itu berkata setiap seni bela diri mempunyai kepakaran yang tersendiri dan sewajarnya perlu dipelajari kerana ia merupakan seni warisan bangsa yang harus dipertahankan.

Program Fight Night Challenge (Muay Thai) berlangsung selama dua hari bermula Jumaat lepas di Dewan Taman Kerian dan disertai 32 peserta dari seluruh negara dan Thailand. – BERNAMA

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lP6m9b

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.