Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Islam Bukan Agama Keamanan’-ADUN Batu Uban - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Islam Bukan Agama Keamanan’-ADUN Batu Uban

Spread the love

DAKWAAN seorang wakil rakyat dari parti pembangkang yang menggambarkan ‘Islam bukan agama keamanan’ ternyata memakan diri apabila kenyataan tidak berasas itu dipersoalkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menerusi perkongsian di Twitter, Khalid meminta individu berkenaan, Raveentharan Subramaniam yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Batu Uban agar tampil untuk menjelaskan apakah maksud dan tujuan sebenar dia mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi agama itu.

Panggil penama di bawah dan minta dia jelaskan apa yang dimaksudkan dengan kenyataan ‘Islam was never a religion of PEACE,” tulisnya.

Gerun dengan kenyataan Khalid, Adun Batu Uban itu dengan segera memadam status berkenaan dan segera menggeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook.

Menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk menuduh dan menyinggung sahabat-sahabat Islamnya namun sebagai mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik, berhubung kenyataan “pengkritik saya adalah pengganas” yang diutarakan Zakir menerusi artikel yang dikeluarkan Malaymail Online.

Terdahulu, Raveentharan mengeluarkan satu kenyataan dalam berbahasa Inggeris berbunyi “Firstly Islam was never a religion of PEACE” kira-kira dua jam yang lalu.

Kenyataan itu mengundang kecaman orang ramai di mana Raveentharan dilihat sebagai mengambil kesempatan untuk melakukan provokasi agama dan bersifat memecah belahkan keharmonian penduduk di Malaysia.

Malah, segelintir pemerhati politik turut melabelkan ia sebagai kenyataan dari ‘puak’ Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk meneruskan agenda dalam menghasut rakyat. -MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lSLspC

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.