Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu Tuntutan Mayat Kim Jong Nam Selesai Dua Hingga Tiga Minggu – Menteri Kesihatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu Tuntutan Mayat Kim Jong Nam Selesai Dua Hingga Tiga Minggu – Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA: Isu berkaitan tuntutan mayat Kim Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, dijangka selesai dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam.

Beliau berkata, kerajaan sedang mencari langkah penyelesaian terbaik sekiranya mayat warga Korea Utara itu tidak dituntut oleh warisnya.

“Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar berhubung langkah seterusnya jika mayat tidak dituntut keluarga Jong Nam,” katanya.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas majlis Anugerah Inovasi Penyelidikan Persatuan Farmaseutikal Malaysia di sini hari ini, Dr Subramaniam mengesahkan mayat Jong Nam masih berada di Institusi Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur.

Ditanya adakah Malaysia akan menyerahkan mayat Jong Nam sekiranya Pyongyang menuntutnya bagi pihak Jong Un, Dr Subramaniam berkata: “Kini, dengan identiti mayat telah disahkan secara positif, kami diberitahu bahawa Jong Nam mempunyai isteri atau isteri-isteri atau anak. Kami berharap mereka akan memberikan respons dan tampil untuk menuntut mayat.”

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini berkata mayat Jong Nam diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk urusan seterusnya kerana tidak ada waris yang menuntutnya setakat ini.

Jong Nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Feb lepas ketika menunggu penerbangan ke Macau apabila dihampiri dua wanita yang menyapu mukanya dengan bahan kimia yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong Nam yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport atas nama ‘Kim Chol’, meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Putrajaya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nuVnyb

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.