Hi! Welcome Back and Stay Tune! J Revolusi tarik bukan Melayu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

J Revolusi tarik bukan Melayu

Penerbit filem J Revolusi, Primeworks Studios Sdn Bhd gembira apabila filem berkenaan berjaya mencuri tumpuan penonton bukan Melayu.

Pengurus Besar, Kandungan Inovasi dan Digital Primeworks Distribution, Marini Ramlan berkata, selepas empat minggu ditayangkan, ramai penonton terutama dalam kalangan masyarakat Cina turut menonton filem berkenaan.

“Kehadiran mereka mungkin kerana promosi besar-besaran di stesen radio berbahasa Cina yang berjaya menarik minat mereka.

“Antara reaksi yang kami terima ialah mereka kini mendapat lebih maklumat mengenai UTK (Unit Tindakan Khas) sekali gus berjaya menimbulkan semangat patriotik dalam diri mereka,” katanya.

Dalam pada itu, filem lakonan Zul Ariffin, Izara Aishah, Fazura, Farid Kamil dan Azad Jasmin ini berjaya mencatat kutipan sebanyak RM7 juta selepas lima minggu ditayangkan.

“Pihak kami gembira dengan pencapaian daripada kutipan dan sokongan penonton terhadap filem ini. Ia masih bertahan di 41 pawagam seluruh negara,” katanya.

Menurut Marini, pencapaian itu juga membuktikan kemampuan filem tempatan untuk berada sebaris dengan filem Hollywood.

“Tayangan filem ini serentak dengan beberapa filem Hollywood yang ternyata mengungguli carta. Namun, J Revolusi tidak berada di tangga yang terlalu jauh.

“Secara tak langsung, ini membuktikan filem ini mampu bersaing dengan filem dari Hollywood,” katanya.

Filem mengenai anggota UTK Polis Diraja Malaysia (PDRM) arahan Zulkarnain Azhar ini akan terus ditayangkan sehingga pertengahan April depan.

The post J Revolusi tarik bukan Melayu appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mTZKGZ

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.