Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jamalul Kiram Tawar Shafie Jadi Ketua Menteri Sabah? – Rizal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jamalul Kiram Tawar Shafie Jadi Ketua Menteri Sabah? – Rizal

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat jenaka apabila menyifatkan pernah menerima tawaran menjadi Ketua Menteri Sabah daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor berkata, ia tindakan menghairankan lebih-lebih lagi apabila Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu sendiri menubuhkan Parti Warisan Sabah.

“Di kalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO serta komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, ia bukan satu rahsia lagi tentang hubungan dingin antara Shafie Afdal dengan Ketua Menteri Sabah kerana nafsu Shafie yang mahu menjadi ketua menteri.

“Sungguh kelakar dan lucu apabila Shafie berkata dia pernah menolak tawaran menjadi ketua menteri. Tawaran menjadi oleh siapa yang dia tolak? Tawaran Jamalul Kiram kot,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

BACA: Bekas menteri persekutuan pernah minta dilantik jadi ketua menteri – PM Najib

BACA: Tidak hanya tabur janji, WARISAN bakal bawa perubahan di Sabah – Shafie Apdal

Shafie sebelum ini dilaporkan sebuah portal berkata, dia tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk menjadi Ketua Menteri Sabah dan pernah menolak tawaran itu daripada Datuk Seri Najib.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, dia akan bertanding di kerusi negeri jika mahu menjadi Ketua Menteri Sabah dan bukan di kerusi Parlimen.

Pada Jumaat, Datuk Seri Najib mendedahkan seorang bekas menteri persekutuan yang kini presiden parti pembangkang, pernah menemuinya dan meminta supaya dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.

Selain itu Datuk Seri Najib turut menyifatkan permintaan itu sebagai cita-cita peribadi bekas menteri persekutuan itu.

Dalam pada Rizal mempertikaikan tindakan Shafie yang tidak bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Jom sama-sama fikirkan. Jika dia tidak berminat untuk menjadi ketua menteri kenapa ditubuhkan Parti Warisan Sabah yang perjuangannya hanya tertumpu di Sabah sahaja?

“Kenapa tidak bersama-sama Dr Mahathir dan Muhyiddin di dalam PPBM dan berjuang ke seluruh negara?” soalnya.

Tambahnya, ia sama seperti kes Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang katanya tidak mahu menjadi perdana menteri tetapi bertanding Naib Presiden UMNO iaitu satu jawatan untuk membuka jalan bagi seseorang untuk menjadi perdana menteri.

“Selepas itu kalah dan tidak boleh terima… tolong jangan gelak,” ujarnya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mb9kDm

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.