Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangkitan Virus ILI Di Perak Meningkat Ke 465 Kes - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangkitan Virus ILI Di Perak Meningkat Ke 465 Kes

IPOH: Jumlah pelajar yang dijangkiti virus Influenza Like Illness (ILI) di negeri Perak terus meningkat ke 465 kes setakat Isnin berbanding 438 hari sebelumnya.

Terbaru, sebanyak 27 kes jangkitan virus baharu dilaporkan melibatkan 25 kes dari Sekolah Izzudin Shah, Ipoh, satu kes dari Sekolah Raja Perempuan Taayah dan satu kes dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) di Teluk Intan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata sejak semalam (Sabtu), hanya satu kluster baru melibatkan Sekolah Izuddin Shah, Ipoh dilaporkan.

“Pecahan bagi kesemua kes, Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) telah meningkat ke 115 kes, Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah sebanyak 226 kes, Kolej Vokasional Slim River kekal di 13 kes dan SK Klebang Jaya juga kekal 3 kes, SMART meningkat ke 83 kes dan 25 kes dicatatkan di Sekolah Izuddin Shah, Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Isnin.

Jelas beliau, sebanyak 14 kes baru telah diasingkan ke dalam bilik sekolah masing-masing sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pengasingan seluruh negeri sebanyak 287 kes.

Tambah Dr Mah, tiada kes baharu melibatkan pelajar dimasukkan ke dalam wad dan setakat Isnin, tiga kes telah didiscaj masing-masing dua kes di Hospital Slim River dan Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang.

“Sehingga kini, sampel yang telah disahkan menunjukkan keputusan empat sampel positif Influenza A (H3) dan sembilan kes positif Influenza B,” ujarnya dalam kenyataan tersebut.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mhy2jf

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.