Johnson Raih Mahkota Kejuaraan WGC-Mexico
DUSTIN Johnson raih mahkota Kejuaraan WGC-Mexico.- Foto AFP
MEXICO CITY: Pemain golf nombor satu dunia, Dustin Johnson menahan asakan di lubang terakhir oleh pemain muda Sepanyol, Jon Rahm dan Tommy Fleetwood (England) meraih Kejuaraan WGC-Mexico, hari ini.
Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu muncul pemain kelima menyambar trofi sejurus memanjat ke puncak ranking dunia, menyamai pencapaian Ian Woosnam, Adam Scott, Vijay Singh dan David Duval.
“Ia begitu bermakna,” kata Johnson berhubung pencapaiannya itu.
“Ia adalah kedudukan yang sukar untuk dihuni. Ada banyak tekanan ke atas anda. Saya berjaya memukul bola dengan baik.”
Selepas dua hari berturut-turut mencatat 66 pukulan, Johnson membenam tiga di bawah par 68, untuk bangkit daripada kesilapan dua bogey dengan birdie di lubang ke-15 untuk mengumpul keseluruhan 270 pukulan.
Fleetwood menamatkan cabaran di tempat kedua dengan 271 pukulan manakala Rahm berkongsi tempat ketiga bersama Ross Fisher (England) 270 diikuti Thomas Pieters (Belgium) dan Justin Thomas (AS), satu pukulan di belakang.
“Prestasi saya hanya cukup makan kerana hanya menang dengan kelebihan satu pukulan,” kata Johnson.
Ia kemenangan kedua buat pemain berusia 32 tahun itu pada 2017 selepas menjuarai aksi di Riviera, bulan lalu dan menjadi kejayaan ke-14 sepanjang kariernya dalam jelajah PGA.
Pemenang empat major, Rory McIlroy yang berpeluang merampas ranking nombor satu dunia daripada Johnson dengan kemenangan di sini, merakam 71 pukulan untuk berkongsi kelompok ketujuh bersama dua pemain AS Phil Mickelson dan Brandt Snedeker dengan keseluruhan 274 pukulan.
AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n3X3OQ✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment