Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kedatangan Pelancong Arab Saudi Ke Malaysia Dijangka Meningkat Tahun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kedatangan Pelancong Arab Saudi Ke Malaysia Dijangka Meningkat Tahun Ini

RIYADH: Jumlah kehadiran pelancong Arab Saudi ke Malaysia dijangka meningkat lima peratus tahun ini hasil lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini.

Konsul Tourism Malaysia di Arab Saudi, Mohd Nasir Kushairi berkata hubungan baik yang diperlihatkan kedua-dua negara telah menambah keyakinan rakyat negara Timur Tengah itu untuk melancong ke Malaysia yang sememangnya mempunyai pelbagai tarikan pelancongan.

“Kebanyakan pengunjung Arab Saudi akan berada di Malaysia selama dua minggu ke atas dan berbelanja sekitar RM10,000 setiap seorang dan ini memberi manfaat kepada sektor pelancongan dan ekonomi negara,” katanya ketika ditemui pemberita di Pameran Buku Antarabangsa Riyadh 2017 di sini.

Beliau berkata pada 2016, seramai 123,878 pelancong Arab Saudi berkunjung ke Malaysia berbanding 99,754 pada tahun sebelumnya.

Raja Salman mengetuai delegasi 600 anggota ke Malaysia dalam lawatan negara dari 26 Feb hingga 1 Mac lepas.

Tujuh memorandum persefahaman, dengan anggaran keseluruhan bernilai RM9.74 bilion, ditandatangani antara syarikat Malaysia dan Arab Saudi, meliputi bidang pembinaan, kerjasama halal, aeroangkasa dan perkhidmatan haji.

Mohd Nasir berkata pihaknya akan meningkatkan promosi pelancongan khususnya ke Sabah dan Sarawak yang masih kurang dikenali dalam kalangan pelancong Arab Saudi.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan negeri mengambil peluang bekerjasama dengan pejabat Tourism Malaysia di Jeddah dalam mempromosikan produk pelancongan negeri masing-masing.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nsn7nb

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.