Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kementerian Kesihatan Ambil Tindakan Selanjutnya Jika Mayat Jong Nam Tidak Dituntut – Subramaniam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kementerian Kesihatan Ambil Tindakan Selanjutnya Jika Mayat Jong Nam Tidak Dituntut – Subramaniam

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan membuat keputusan mengenai tindakan selanjutnya jika waris warga Korea Utara Kim Jong Nam yang dibunuh, tidak menuntut mayat selepas tempoh masa tertentu, kata menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Walaupun tida ada tempoh yang ditetapkan tentang bila mayat harus dituntut, kerajaan masih berharap saudara-mara Jong Nam akan tampil dan memberi sampel DNA untuk melengkapkan prosedur forensik, katanya.

“Setakat ini, tiada ahli keluarga tampil untuk membuat pengecaman atau menuntut mayatnya. Kita memerlukan sampel DNA ahli keluarga untuk memadankannya dengan profil si mati.

“Undang-undang Malaysia menyatakan mayat si mati hanya boleh dituntut selepas selesai proses DNA memandangkan warga Korea Utara itu menggunakan dua nama – Kim Chol dan Jong Nam. Kita mahu membuat kesimpulan dan sebab itulah kita memerlukan sampel DNA untuk mengesahkan identitinya,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Ketika ditanya berapa lama mayat Jong Nam akan disimpan, Dr Subramaniam berkata, kes berprofil tinggi itu mempunyai banyak implikasi dan kementerian akan membuat keputusan yang sewajarnya selaras dengabn undang-undang negara.

Dr Subramaniam menjelaskan berkata mayat warga Malaysia yang tidak dituntut boleh disimpan sehingga tiga hingga empat bulan dan akan diserahkan kepada badan-badan sukarela untuk upacara penghormatan terakhir dengan kebenaran polis selepas mengiklankannya dalam akhbar tempatan.

“Bagaimanapun, kes ini (Jong-nam) melibatkan warga asing dan ia memerlukan pandangan pihak-pihak berkenaan.

“Dalam kes ini yang dianggap sangat luar biasa, kerajaan akan membuat keputusan selepas mayatnya tidak dituntut untuk tempoh yang lama dengan mengambil kira sistem antarabangsa dan hubungan dua hala dengan antara kerajaan,” kata beliau.

Ketika ditanya sama ada beliau telah menemui pegawai tertinggi Korea Utara, yang gtelah datang ke Malaysia, Dr Subramaniam beliau tidak menemui pegawai tersebut.

“Apapun permintaan mereka, jawapan kita tetap sama dan kita tidak akan tunduk. Malaysia akan mematuhi protokol dan telah mengenal pasti punca kematian, dan tidak akan mengubahnya atas apa-apa sebab.

“Kita bertegas dalam keputusan bahawa kita tidak akan menyerahkan mayat sehingga kita telah membuat pengecaman dan hanya akan menyerahkannya kepada saudara-mara yang sah,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Kementerian Kesihatan akan menghubungi waris atau saudara-mara, Dr Subramaniam berkata ia harus dilakukan oleh polis dan Kementerian Luar.

Kepada satu soalan, Dr Subramaniam berkata tiada tanda-tanda keracunan agen saraf VX pada kedua-dua suspek wanita, yang ditahan selepas pembunuhan itu.

“Saya juga telah mengarahkan 13 kakitangan perubatan, yang menyentuh mayat Jong-nam di klia2, ambulans dan Hospital Putrajaya dipantau untuk tanda-tanda dan menentukan sama ada mereka mengalami kontaminasi,” katanya.

Jong Nam berada di klia2 pada 13 Feb untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita tiba-tiba menghampirinya dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang disembur dengan cecair beracun yang kemudian dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong Nam dilaporkan meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.

Beliau tiba di Malaysia pada 6 Feb. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lqrpKg

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.