Hi! Welcome Back and Stay Tune! Setiap hari bagi anak main gajet, setelah usia 4 tahun akhirnya ini yang berlaku… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Setiap hari bagi anak main gajet, setelah usia 4 tahun akhirnya ini yang berlaku…

Bermula pada usia 10 bulan hingga 4 tahun, gajet tidak dapat dipisahkan dari kehidupan sehariannya. Ibunya pun senang, kerana tidak perlu membelikan barang mainan yang tentu akan menjadi kerja seharian untuk mengemasnya. Akan tetapi ketika umur anaknya berusia 2 tahun, ibunya mula melihat tanda-tanda yang tidak normal pada anaknya.

1.Kaku dengan persekitaran
2.Tidak pandai berkawan
3.Tidak pandai bermain barangan mainan kanak-kanak normal
4.Kurangnya respon bercakap

Kelainan yang paling di takuti oleh ibunya adalah, anaknya yang kurang perkataan ketika bercakap (seperti bisu) hingga berumur 3 tahun.
Khuatir dengan perkembangan anaknya yang semakin teruk dia kemudian membawanya berjumpa doktor pakar.

Doktor sahkan punca anaknya kurang bercakap kerana orang tua dan anggota keluarga yang lainnya kurang berkomunikasi dengan Shafraan membuatkan anaknya tidak mengenal perkataan ketika bercakap. Semenjak itu, si ibu mula kurangkan penggunaan gajet di rumah, katanya Shafraan akan mengamuk dan menangis sambil membaling semua barang-barang dekat dengannya, dia susah makan, susah tidur.

Naluri seorang ibu mana mampu melihat anaknya menangis, dia tewas dan akhirnya memberikan gajet semula pada anaknya. Hampir setahun berlalu anaknya yang kini berusia 4 tahun di masukkan ke hospital kerana mengalami kondisi Speech delay. Menurut doktor Shafraan sekarang dalam kondisi Speech delay atau keterlambatan bercakap yang kini berusia 4 tahun 2 bulan. Speech delay adalah bahasa yang di gunakan berkait masalah terlambatnya perkembangan otak dan bahasa pada anak.

Menurut penelitian hanya 5 peratus kanak-kanak yang mengalami masalah ini, sebabnya adalah kurangnya komunikasi antara keluarga serta anak yang selalu berkurung di dalam rumah dan kurang memiliki hubungan dengan dunia luar. Kenyataan doktor itu bagaikan petir yang menyambar, baru saya sedar saya lah punca Shafraan jadi begini sebab saya.

Saya tidak mahu di ganggu dengan suara tangisan, rengekannya. Saya tidak mahu melihat rumah bersepah kerana mainannya. Saya tidak mahu susah dan tidak mahu penat menjaganya itulah kesalahan yang baru saya sedari, kata ibu beranak satu itu. Katanya setelah berbincang dengan suami, mereka sepakat untuk membawa Shafraan mengikuti Terapi Wicara yang di anjurkan doktor dimana kesembuhannya tidak dapat di pastikan akan tetapi bila terapi dilakukan dengan rutin dan di tambah latihan di dalam rumah, kesembuhan untuk Shafraan sangat tinggi. Berapa tahun lamanya pun saya tidak kisah, kalaulah waktu boleh di putar kembali, tentu saya akan lebih banyak mengahabiskan masa mengajarnya bercakap dan bermain, katanya.

Bagaimanapun update terkini Ibu Shafraan selepas 5 bulan mengatakan bahawa anaknya itu sudah mulai bermain permainan kanak-kanak seperti kereta mainan, menconteng buku dan dinding, manakala percakapannya ada di antara yang sudah mula jelas namun belum semua. “Alhamdulillah, kini anak saya sudah menunjukkan tanda-tanda perkembangan yang baik, mohon doanya semoga Shafraan segera sembuh,” tulisnya.

The post Setiap hari bagi anak main gajet, setelah usia 4 tahun akhirnya ini yang berlaku… appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lc3WkV

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.