Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jins Shamsuddin: "Bukit Kepong, Ali Setan Akan Terus Menjadi Ingatan" - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jins Shamsuddin: "Bukit Kepong, Ali Setan Akan Terus Menjadi Ingatan"

KUALA LUMPUR: Pemergian legenda seni negara Tan Sri Jins Shamsuddin sememangnya amat dirasai peminat dan warga seni tanah air. 

Garis masa media sosial ketika ini dibanjiri ucapan takziah, daripada pemimpin politik sehinggalah peminat industri seni tempatan yang tidak dapat melupakan lakonan Allahyarham menuru filem seperti Bukit Kepong dan Ali setan.

Antaranya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, yang menyifatkan jasa seniman negara tersebut akan dikenang sepanjang zaman.

GALERI FOTO: Seniman Negara, Tan Sri Jins Shamsuddin dalam kenangan

“Takziah keluarga Allahyarham Jins Shamsuddin. Semoga dicucuri rahmat ke atasnya.

“Jasa seniman negara dikenang sepanjang zaman,” katanya menerusi Twitter.

Bagi peminat, sudah tentunya lakonan Jins Shamsuddin akan terus mekar dalam ingatan.

Allayarham meninggal dunia di Klinik Idham di Taman Melawati, Selangor sekitar 5.45 petang tadi. 

Allahyarham tinggal bersama isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah di Hulu Klang dekat sini dan keadaan kesihatannya kurang memberangsangkan selepas disahkan menghidap penyakit Alzheimer sejak 2011.

Allahyarham mempunyai tiga orang anak Jefri Jins, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Allahyarham telah berlakon lebih 40 filem antaranya Sarjan Hassan, Gerak Kilat, Si Tanggang, Bukan Salah Ibu Mengandung dan Sumpah Wanita.

Manakala antara filem arahan Allahyarham adalah Menanti Hari Esok, Bukit Kepong, Ali Setan, Esok Masih Ada dan Balada.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lcvvKS

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.