Permohonan Kemasukan PraSekolah KPM 2018 Online
E-Prasekolah : Cara Daftar PraSekolah KPM 2018 Online. Perhatian buat ibu bapa dan penjaga. Permohonan kemasukan murid ke Prasekolah KPM bagi sesi persekolahan tahun 2018 akan dibuka mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017. Pendaftaran PraSekolah boleh dibuat secara dalam talian di E-Prasekolah atau permohonan secara manual.
Pendaftaran PraSekolah KPM 2018 Online
Berikut dikongsikan maklumat Pendaftaran PraSekolah KPM 2018 Online untuk panduan ibu bapa penjaga. Mereka yang mempunyai anak sekitar umur 4 hingga 5 tahun dan bakal memasuki prasekolah tahun hadapan, boleh memohon.
Syarat Kelayakan Memohon
- Kanak-Kanak Warganegara Malaysia
- Kanak-kanak yang mencapai umur empat tahun pada 1 Januari tahun persekolahan semasa (Bagi kohort 3t kanak-kanak yang lahir pada 2 hingga 15 Januari juga dibenarkan untuk memohon)
- Kanak-Kanak lahir pada 2 Januari 2012 sehingga 15 Januari 2014
- Pemilihan murid adalah berdasarkan merit
Cara Mendaftar PraSekolah 2018 KPM
A. Online
Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang ePraSekolah.
Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu
- Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar
- Carian Institusi hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja
- Tempoh permohonan secara dalam talian bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2017
Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2017.
B. Permohonan Manual
Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2017.
- Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/ institusi yang ingin dimohon.
- Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon
Murid prasekolah Pendidikan Khas
- Mestilah disertakan dengan borang pengesahan daripada pengamal perubatan, ahli optic, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan kerajaan.
- Surat penempatan oleh JPN/PPW/PPD
- Pengesahan dan pendaftaran seperti carta di LAMPIRAN A
Semakan Keputusan PraSekolah Online
Status permohonan/ keputusan boleh disemak secara online dengan mengklik butang SEMAK PERMOHONAN di ruangan LAMAN PENGGUNA. Untuk permohonan yang berjaya, anda perlu mencetak surat tawaran dan sila bawa dan serahkan kepada sekolah yang dimohon pada hari pendaftaran.
Rayuan permohonan boleh dibuat dengan mengklik butang RAYUAN PERMOHONAN pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Selamat membuat Permohonan Kemasukan PraSekolah KPM 2018 Online. Semoga perkongsian cara daftar murid PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ini bermanfaat buat semua.
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment