Manfaatkan Facebook, pesara pemurah sedekah 1,300 ekor ayam, sayur
SUNGAI PETANI, 1 Mac — Menambah kenalan dalam Facebook dijadikan manfaat buat seorang pesara guru apabila membuat amal kebajikan sedekah ayam proses kepada golongan kurang berkemampuan.
Abdul Ghani Haron, 60, yang dipanggil “Cikgu Ghani,” bersama rakan media sosialnya menyumbang ayam percuma kepada suri rumah di perkarangan rumahnya di Kampung Masjid, Tikam Batu seawal 6.30 pagi tadi.
Dalam masa 45 minit sahaja 1,300 ekor ayam seberat dua kilogram termasuk sayur-sayuran habis diagihkan, lapor Berita Harian.
“Sedekah ayam dan sayur diserbu orang ramai sejak 6.15 pagi dan habis diagih dalam masa satu jam sahaja. Ada orang tua bahkan yang terpaksa membawa anak-anak kecil turut hadir,” katanya dalam status Facebook.
Terkenal dengan sifat pemurah, Ghani yang kini peniaga katering pada bulan lalu memberi 1,000 ayam proses percuma dan minyak petrol percuma kepada 2,000 penunggang motosikal.
Terima kasih kepada semua penyumbang kepada projek sedekah jariah ini.
“Hari ini projek ini membelanjakan RM13,000 untuk tujuan ini dan kita seolah berkenduri untuk 1,300 keluarga,” katanya.
Sumber :
– http://ift.tt/1aoZXzE
The post Manfaatkan Facebook, pesara pemurah sedekah 1,300 ekor ayam, sayur appeared first on MyNewsViral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lnX1QH✍ Sumber : ☕ MyNewsViral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment