Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM Teliti Dakwaan Anggota MT Umno Seleweng Dana - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM Teliti Dakwaan Anggota MT Umno Seleweng Dana

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung dakwaan seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dipercayai terlibat dalam penyelewengan projek membangunkan perisian untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), semalam.

Laporan tersebut diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapat satu aduan daripada orang awam.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini  berkata pihaknya akan meneliti laporan yang telah diperolehi sebelum membuka kertas siasatan terhadap dakwaan itu.

“SPRM akan meneliti laporan yang telah diperoleh sebelum membuka kertas siasatan terhadap dakwaan tersebut.

“Individu yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan sekiranya perlu bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, SPRM akan bekerjasama dengan SKMM bagi mendapatkan maklumat-maklumat berhubung dakwaan tersebut.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan sebuah syarikat telah membuat laporan polis mendakwa sebuah yayasan milik seorang anggota MT Umno melakukan penyelewengan dana sebanyak RM2.7 juta.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin lalu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ms8Om5

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.