Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siti Kasim, kumpulan Hindraf saman Kerajaan kerana lindungi Dr.Zakir Naik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siti Kasim, kumpulan Hindraf saman Kerajaan kerana lindungi Dr.Zakir Naik

KUALA LUMPUR: 19 orang termasuk pengerusi kumpulan Hindraf P.Waythamoorthy dan peguam Siti Kasim hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa ia melindungi pendakwah kontroversi dari India, Zakir Naik.

Mereka mendakwa pendakwah India itu individu yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

“Beliau menggalakkan keganasan dalam masyarakat,” kata mereka dalam tuntutan saman itu.

Mereka juga mendakwa kehadiran Zakir di Malaysia akan membawa ancaman kepada keselamatan negara.

“Orang ini bahaya kerana dia diharamkan masuk ke beberapa negara lain kerana disyaki bekerja dengan kumpulan pengganas,” kata mereka.

Sehubungan itu, mereka memohon mahkamah mengeluarkan perintah menghalang Zakir memasuki negara ini.

“Kami juga minta polis menahannya,” kata mereka.

Tuntutan saman itu menamakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketua pengarah Jabatan Imigresen, ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, ketua polis negara dan kerajaan Malaysia, dan ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Bercakap kepada wartawan selepas memfailkan saman itu, Siti berkata mereka tidak menentang Islam apabila mengambil tindakan terhadap pendakwah itu.

“Saya tahu ada orang Melayu fikir kami menentang Islam. Tetapi sebenarnya kami mempertahankan Islam,” katanya.

Siti berkata negara ini sudah cukup ramai golongan radikal yang memecahkan Melayu dan “kita tidak perlu lagi individu seperti itu”.

Bulan lalu Waytha Moorthy menghantar surat kepada Zahid berhubung status penduduk tetap Zakir di Malaysia.

Jika kerajaan gagal membalas soalannya, Hindraf akan menyaman kerajaan.

Zakir dijadualkan hadir di sebuah masjid di Perlis untuk menyampaikan khutbah Jumaat pada 10 Februari.

Bernama juga melaporkan beliau akan menyampaikan ucapan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada hari sama dan pelajar universiti itu memeluk Islam selepas mendengar ucapanya.

Tahun lalu, Zakir mendapat perhatian selepas Hindustan Times melaporkan beliau didakwa memegang 2 kewarganegaraan iaitu India dan Malaysia.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri menafikan dakwaan itu.

Zakir kini masih dalam siasatan di India kerana dikatakan menyebarkan kebencian kaum dan menyanjung keganasan.

Beliau juga dilaporkan dikehendaki oleh Direktorat Penguatkuasaan India dalam kes pengubahan wang haram.

Agensi Siasatan Negara republik itu juga menyiasat 78 akaun bank dan pelaburan membabitkan jumlah RM65 juta yang dikaitkan dengannya, lapor NDTV.

Zakir mencetuskan kekecohan tahun lalu selepas beliau dikatakan menghina dewa dan amalan Hindu.

Beliau juga dilaporkan diharamkan memasuki United Kingdom dan Kanada susulan sokongannya kepada kumpulan pengganas al-Qaeda.

 

Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1

The post Siti Kasim, kumpulan Hindraf saman Kerajaan kerana lindungi Dr.Zakir Naik appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lRWfPj

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.