Bekas Pengarah Besar, Timbalan Pengarah Felda Didakwa Pecah Amanah
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan bekas Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan Sumber Strategik) Felda, Muhammad Sufi Mahbub didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah berjumlah RM47.6 juta, tiga tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Allaudeen Ismail.
Tertuduh pertama Muhammad Sufi, berdepan dengan dua pertuduhan pecah amanah.
Dia didakwa meluluskan pembayaran RM25.9 juta dan RM21.6 juta tanpa kelulusan lembaga pengarah atau jawatankuasa tender Felda pada 2014.
Sementara itu, Faizoull pula dituduh bersubahat dengan Muhammad Sufi atas dua pertuduhan sama.
Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Hakim Allaudeen Ismail menetapkan 27 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lb3h2S✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment