Hi! Welcome Back and Stay Tune! Korea Selatan-AS Mula Latihan Tentera Skala Besar, Sedia Berdepan Ancaman Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Korea Selatan-AS Mula Latihan Tentera Skala Besar, Sedia Berdepan Ancaman Korea Utara

SEOUL: Tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memulakan latihan militari bersama pada hari ini untuk menguji kesediaaan pertahanan mereka berdepan sebarang ancaman Korea Utara, lapor AFP.

Latihan tersebut yang dinamakan Foal Eagle, diteruskan dalam ketegangan yang timbul berikutan Korea Utara menguji pelancaran peliru berpandu balistik pada 12 Februari lalu, selain ancaman tindak balas ketenteraan Pyongyang sebelum ini.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan dan tentera AS yang berpangkalan di Korea Selatan mengesahkan tentang latihan itu pada Rabu, yang dijangka berlarutan sehingga penghujung April.

Latihan seumpamanya pada tahun lalu melibatkan kira-kira 17,000 tentera AS dan lebih daripada 300,000 tentera Korea Selatan.

Setiausaha Pertahanan AS Jim Mattis menghubungi Menteri Pertahanan Korea Selatan Han Min-Koo pada Rabu untuk memberi jaminan bahawa AS tetap memberi komitmen mempertahankan sekutunya.

Pada minggu ini, Mattis mengalu-alukan perjanjian dengan Korea Selatan melalui konglomerat Lotte Group, tentang penyediaan tapak lokasi untuk pembinaan pemasangan sistem pertahanan peluru berpandu Terminal Altitud Tinggi Kawasan Pertahanan (THAAD).

Sementara itu, Korea Selatan berkata, sistem tersebut akan beroperasi menjelang akhir tahun ini, sebagai persediaan ancaman peluru berpandu Korea Utara.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mrATd0

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.