Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rambut Bayi Perempuan Ini Perlu 150 Minit Untuk Diurus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rambut Bayi Perempuan Ini Perlu 150 Minit Untuk Diurus

Spread the love

SEORANG ibu kepada bayi perempuan berusia 10 minggu dari Nuneaton, England memperuntukkan masa dua jam 30 minit setiap hari untuk merapikan rambut anaknya.

Amelia Lunn yang dilahirkan pada 20 Disember tahun lalu merupakan anak kedua bagi pasangan Kayleigh Marsh dan Jonathan Lunn.

Disebabkan oleh rambut Amelia yang unik, bapanya Lunn memberikan nama gelaran kepadanya sebagai ‘Mr T’.

Rambut Bayi Perempuan Ini Perlu 150 Minit Untuk Diurus

Rambut Bayi Perempuan Ini Perlu 150 Minit Untuk Diurus

Marsh yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa difahamkan terpaksa menghabiskan masa 150 minit untuk melakukan penjagaan rambut anak keduanya itu bermula dari mencuci, mengering hinggalah merapikannya.

Jelas Marsh, dia menghabiskan lima minit untuk meletakkan minyak pada rambut Amelia dan dibiarkan selama dua jam sebelum dicuci yang memerlukan masa selama 20 minit manakala lima minit lagi untuk dikeringkan.

“Kami terkejut ketika melihat Amelia lahir dan mempunyai rambut yang lebat seperti ini.

“Malah kami tidak menjangkakan hal tersebut memandangkan kakaknya; Megan lahir dengan kepala botak.

“Saat membuat perbandingan antara kedua-dua foto milik Amelia dan Megan ketika bayi membuatkan kami berasa lucu,” kata Marsh.

Tambahnya lagi, rambut Amelia sejak dari lahir tumbuh memanjang secara mencacak tidak seperti kebiasaan bayi lain dan terpaksa disapukan minyak setiap lima minit.

Baca: Kompilasi Gambar Bayi Rambut Lebat… Serius Comel!

Baca: Ramai Terkejut Bayi Baru Lahir Ini Miliki Rambut Lebat

Pun begitu, Marsh memberitahu bahawa Amelia gemar rambutnya didandan.

“Dia benar-benar suka dimanjakan. Wajah kecilnya kelihatan comel saat rambutnya dicuci dan dikeringkan,” ujarnya.

Selain memiliki rambut yang lebat dan unik, Amelia turut menjadi tumpuan orang ramai dan rata-ratanya kagum melihat rambutnya itu.

Difahamkan gaya rambut yang dimiliki oleh Amelia itu adalah hasil genetik dari ibunya Marsh yang turut mempunyai rambut seperti itu sewaktu baru lahir. -MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ms8OT7

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.