Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Redmi 4X Dilancarkan, Kini Dengan Cip Snapdragon 835 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Redmi 4X Dilancarkan, Kini Dengan Cip Snapdragon 835

Harga Xiaomi Redmi 4X Malaysia

Selain Xiaomi Mi 5C, Xiaomi juga telah melancarkan smartphone mampu milik iaitu Xiaomi Redmi 4X. Ia merupakan model naik taraf daripada Redmi 4 dengan penambahbaikan pada prestasi dan juga pilihan memori dan RAM yang lebih besar.

Xiaomi Redmi 4X – Cip Snapdragon 435, Kamera Utama 13MP Dan 5MP Kamera Selfie

Xiaomi Redmi 4X yang baru ini hadir dengan skrin 5.0 inci dengan resolusi HD720p. Didalamnya hadir dengan cip CPU yang baru iaitu Snapdragon 435 menggantikan cip Snapdragon 430 yang terdapat pada Xiaomi Redmi 4. Cip yang baru ini juga menawarkan rangkaian 4G LTE yang lebih pantas iaitu sehingga 300Mbps untuk kelajuan muat turun dan 100Mbps kelajuan muat naik.

Redmi 4X juga hadir dengan memori dan RAM yang lebih besar iatu 32GB / 3GB RAM. Terdapat juga model kapasiti kecil dengan 16GB / 2GB RAM dengan harga yang lebih rendah.

Xiaomi Redmi 4X Malaysia Xiaomi Redmi 4X Malaysia
Xiaomi Redmi 4X Malaysia Xiaomi Redmi 4X Malaysia
Xiaomi Redmi 4X Dengan Pilihan Warna Yang Menarik

Untuk kamera, Xiaomi masih lagi mengekalkan lensa utama 13 Megapixel dan 5 Megapiexl lensa selfie seperti yang terdapat pada Redmi 4. Ia juga hadir dengan kapasiti bateri yang sama iaitu 4100 mAh.

Harga Xiaomi Redmi 4X Di Malaysia Dan Tarikh Jualan

Di China, Xiaomi Redmi 4X mula dijual dengan harga CNY 699 untuk model 16GB dan CNY 899 untuk m9del 32GB. Buat masa ini tidak diketahui sama ada peranti ini dijual diluar China atau pun tidak.

Di Malaysia, model-model Xiaomi boleh dikatakan agak lambat untuk memasuki pasaran tempatan. Untuk model Redmi generasi ke-4 hanya model Redmi 4A sahaja yang memasuki pasaran dengan harga RM499. Untuk model yang baru ini masih lagi belum diketahui. Namun kami menjangkakan Harga Xiaomi Redmi 4x di Malaysia juga sekitar RM499 apabila berada dinpasaran tempatan kelak untuk model 16GB.

The post Xiaomi Redmi 4X Dilancarkan, Kini Dengan Cip Snapdragon 835 appeared first on Mesra Mobile.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lo1IKd



✍ Sumber : ☕ Mesra Mobile


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.