Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selagi tidak kena batang hidung sendiri, selagi itu tidak akan sedar ! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selagi tidak kena batang hidung sendiri, selagi itu tidak akan sedar !

Selagi tidak kena batang hidung sendiri, selagi itu tidak akan sedar !

39 tahun,
Kencing Manis 10 tahun
Seorang pemandu bas sekolah

Teringat setahun yang lepas, dia berjumpa saya di klinik. Kencing Manis tidak terkawal (bacaan gula puasa lebih 10, HbA1C juga lebih 10%), merokok tidak boleh berhenti.

Semasa itu, bila bertanya: jaga makan ke? Jagaaaa Doktor. Pandai pulak cakap apa makanan dia seharian, nampak gaya macam betul. Tak apa lah, saya senyum sahaja (memang dalam hati, saya tahu dia tidak bercakap benar). Itu sahaja yang kami pengamal perubatan boleh lakukan. Nasihat, nasihat & nasihat sambil senyum dalam ketegasan.

Baru-baru ini, beliau kembali ke klinik, ditolak dengan kerusi roda oleh isteri beliau. Kaki dah kena potong sebelah, sebab teruk benar dijangkiti kuman tempohari. Beliau sakit tenat, masuk ICU. Seseorang peròkok lagi lah berisiko, sebab salur darah arteri beliau rosak, suatu entiti Peripheral Vascular Disease (gambar hiasan). Macamana lah nak baik, kencing manis tidak terkawal & merokok. Habis.

Beliau masuk ke klinik menundukkan kepala sahaja kali ini. Saya melihat keputusan darah beliau. Nampak kencing manis terkawal. Bacaan 5.1 mmol/L & HbA1C 6.4%.

Lalu saya tanya “boleh pulak ya Kencing Manis terkawal kali ini?”.

Jawapannya “saya dah tersedar, Doktor. Dulu saya tipu Doktor, saya sebenarnya makan tak pernah kontrol, ubat pun jarang ambil”. Dalam hati saya terdetik nak kata “saya tahu” tetapi saya tidak sampai hati.

Masalah masyarakat kita bukannya tidak tahu. Lebih kepada TIDAK KISAH. Kami Kementerian Kesihatan Malaysia walau berhempas pulas memberi pendidikan kepada masyarakat, tapi kalau diri sendiri TIADA KESEDARAN macamana?

Dah jadi macam kisah ini, siapa yang susah? Sendiri susah, keluarga lagi susah. Punca pendapatan keluarga dah tiada. Sudah tidak boleh bawa bas lagi. Isteri tidak boleh kerja, kena menjaga dia sepenuh masa. Anak-anak semua masih disekolah rendah. Nasi sudah menjadi bubur.

Mohon jagalah diri anda sendiri. Praktikkan gaya hidup sihat:
1. Tidak merokok
2. Makan seimbang. Fahami prinsip suku suku separuh – karbohidrat (contoh: nasi) hanya suku pinggan, bukan penuh melimpah-ruah.
3. Senaman minima 150 minit seminggu
4. Jaga berat badan anda. Beli penimbang: jangan BMI melebihi 24 (orang Asia)

Kalau berpuluh tahun tidak endahkan kesihatan, lepas itu bila dah dapat penyakit, masa itu juga nak QUICK FIX. Nak baik serta merta, nak kurus serta merta. Semua nak ekspres. Mana boleh? Lepas itu beli suplemen itu ini, nak cepat. Lagi memudharatkan.

Sebelum anda menyalakan api rokok itu, lihatlah, tenunglah mata orang-orang yang menyayangi anda. Kalau tidak fikir diri sendiri, fikirkanlah mereka.

Beringatlah. Elakkan penyakit, jagalah kesihatan anda sebelum terlambat. Hargailah nikmat kurniaan Allah ini.

#JanganKacauPesakitKronik

Rafidah Abdullah
Pakar Perubatan & Buah Pinggang
#MedTweetMY

The post Selagi tidak kena batang hidung sendiri, selagi itu tidak akan sedar ! appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lUUG1l

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.